Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

 

Bermain Pokemon Go ketika memandu boleh menyebabkan anda disaman sehingga RM300 – JPJ

 

Mereka yang ditangkap bermain Pokemon Go ketika memandu akan disaman sehingga RM300, atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron, menurut laporan Bernama.

“Sama ada pemandu menggunakan telefon bimbit untuk tujuan komunikasi atau untuk menangkap watak Pokemon, ia tetap menjadi kesalahan dan tindakan serupa akan diambil terhadap pesalah.

“Jika perlakuan menggunakan telefon bimbit atau bermain Pokemon Go ketika memandu menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa, mereka akan ditahan dan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1986,” kata beliau.

Nadzri turut mengesahkan tiada lagi pemandu yang ditangkap dan dihukum kerana bermain Pokemon Go ketika memandu.

Pokemon Go telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam sejarah aplikasi permainan dalam telefon pintar. Permainan yang dibangunkan oleh Niantic berkenaan boleh dimuat turun dan dimainkan menerusi sistem iOS atau Android berdasarkan lokasi sebenar menggunakan GPS untuk menangkap, berlawan, dan melatih watak raksasa maya yang digelar Pokemon.

Aplikasi berkenaan mula dilancarkan pada 6 Jun tahun ini bermula di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat sebelum tersebar ke lebih 30 negara setakat ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt