Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

 

 

Setelah mengubahsuai enjin boxer asal FA20 2.0 liter dengan memadankan pengecas turbo pada tahap tekanan boost paling tinggi yang boleh ditampung enjin berkenaan, menghasilkan kuasa maksimum 545 hp, Street FX dan GT Auto Garage dari Australia masih tidak berpuas hati lagi dengan Toyota GT86 talaan mereka ini.

Jalan penyelesaiannya? Mereka memadankan enjin VR38DETT V6 3.8 liter dengan dua pengecas turbo yang diambil daripada GT-R ke dalam perut GT86 berkenaan. Tidak cukup dengan itu, enjin tersebut turut diubahsuai dengan pemadanan kit stroker dari HKS yang meningkatkan kapasiti asal 3.8 liter kepada 4.1 liter. Pengecas turbo asal juga digantikan dengan dengan sepasang kit turbin Symmetrical GT1000 juga dari HKS. Hasilnya, enjin V6 berkenaan kini bernafas lebih buas dengan kuasa 1,000 hp!

Enjin tersebut mampu diletakkan lebih enam inci ke bawah dari kedudukan sepatutnya setelah sistem pelinciran Dry-Sump dipadankan (takung minyak pelincir dialihkan ke bahagian atas menerusi sistem ini). Ini membolehkan titik graviti jentera ini direndahkan lagi sekaligus memberikan kestabilan yang baik.

Kotak gear asal GT86 semestinya tidak mampu menampung kuasa yang dihasilkan dari enjin baharu ini. Street FX tidak mengambil sekali kotak gear klac berkembar dari GT-R, sebaliknya menggunakan kotak gear enam-kelajuan sequential yang dibekalkan oleh pembekal kotak gear yang sama menghasilkan sistem transmisi siri perlumbaan V8 Supercars Australia iaitu Albins. Pedal penukar gear pneumatik yang dikawal oleh kotak komputer Motec turut dipadankan untuk memudahkan penukaran gear dilakukan dengan pantas pada kelajuan tinggi.

Oleh itu, ia masih dilengkapi sistem penghawa dingin, sistem audio dan juga kamera undur.

 

  •  

     
     
  •  

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt

Shopping Basket