Berikutan gangguan yang berlaku beberapa kali dalam masa terdekat ini, Prasarana Malaysia Berhad menawarkan tambang percuma bagi penumpang yang menggunakan khidmat tren Light Rapid Transit (LRT)laluan Kelana Jaya dari 13 hingga 15 September ini.
Menurut laporan daripada New Straits Times, langkah ini dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna dan Pengarah Urusan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz turut memohon maaf atas kesukaran yang dialami pengguna.
Insiden paling baharu terjadi pagi tadi apabila tren terkandas kerana bekalan kuasa terputus.