Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Apa pandangan anda? Blind spot mirror alat penting yang sering diabaikan penggunaannya namun ia adalah alat kecil yang wajib dan perlu dipasang pada setiap kereta. Sepatutnya ia diwajibkan dari segi undang-undang untuk dipasang pada semua kereta di Malaysia sama ada di peringkat pengeluaran di kilang ataupun oleh pengguna sendiri.

Banyak kemalangan telah berlaku akibat dari blind spot area yang mana kawasan titik hitam di sebelah belakang kiri dan kanan kereta. Cermin sisi atau side mirror kereta kebanyakannya gagal memberi pandangan sisi belakang yang cukup luas untuk pemandu memerhati kenderaan yang datang dari sisi.

Kebanyakan kes kemalangan berlaku antara kereta terhadap motor berlaku akibat blind spot area ini. Jika cermin blind spot dipasang di tempat yang betul, pemandu kereta lebih alert dan nampak setiap kenderaan yang lalu di sisi sebelum mula membelok.
Kedudukan yang paling ideal bagi blind spot mirror adalah di bahagian dalam kereta sama ada pada sebelah tingkap pemandu atau pada rear view mirror seperti dalam gambar di atas kerana ia lebih jelas dan sudutnya menghala ke titik hitam sisi kereta yang tidak dapat dilihat melalui side mirror.

Jenis blind spot mirror yang terbaik adalah juga seperti gambar di atas di mana ia boleh dilaras kepada sudut tertentu supaya jelas menunjukkan blind spot area. Bukan jenis bulat yang fixed dan tak boleh laras. Jenis bulat selalunya terlalu cembung yang menyebabkan imej pantulan terlalu kecil untuk dikesan.

Tidak digalakkan meletakkan blind spot mirror pada side mirror kerana ia mengganggu penglihatan maksimum pada side mirror kereta.

Blind spot mirror, ianya kecil, berharga hanya sekitar RM10 sepasang namun mampu menyelamatkan nyawa dan kereta anda dari kemalangan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt