Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

Teknologi yang bakal diperkenalkan dalam Nissan LEAF baharu ini pintar dan pada masa yang sama perlu perhatian tinggi untuk membiasakannya. Hanya dengan satu sentuhan suis, pedal minyak boleh bertukar kepada dua fungsi lain iaitu memperlahankan dan menghentikan kenderaan. Teknologi tersebut dipanggil e-Pedal.

 

Teknologi e-Pedal adalah yang pertama di dunia di mana satu pedal mampu menjalankan tiga fungsi sekaligus.

Menurut Nissan, pemandu boleh menggunakan 90 peratus keperluan pemanduan hanya dengan e-Pedal menjadikan ia pengalaman menyeronokkan.

Semasa dalam keadaan trafik sesak dan perjalanan dalam bandar, pemandu tidak perlu lagi menukar-nukar pedal seterusnya pemanduan menjadi lebih ringkas dan mudah.

 

Berdasarkan video dan infografik yang diberi, pemandu menekan e-Pedal seperti biasa untuk menggerak atau memecut kereta kemudian lepaskan pedal dalam keadaan kaki masih di pedal bagi memperlahankan kelajuan dan lepaskan terus pedal jika hendak menghentikan kereta.

Dalam keadaan kecemasan pula, pemandu boleh terus menekan pedal brek untuk menghentikan kenderaan. Berikut ialah video penerangan teknologi e-Pedal oleh Nissan.

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt