Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak yang membuka bidaan bagi nombor plat pendaftaran kenderaan ‘AKU’ dengan nombor siri yang bermula dari nombor 1 hingga 9999 pada 3 Julai lalu turut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Pengarah JPJ negeri berkenaan, Mohd Zawawi Zakaria, pihaknya telah menerima bidaan tertinggi iaitu bernilai RM207,898.90 bagi ‘AKU 1’.Ia mengatasi nombor popular seperti 8055, 1305 dan 805, laporan Bernama.

Beliau berkata bagi nombor plat kenderaan siri AKU 8055 yang menyerupai perkataan ‘AKU BOSS’ pula menerima nilai bidaan tertinggi berjumlah RM74,000.

JPJ Perak menerima 3,315 permohonan dan daripada jumlah itu sebanyak 239 permohonan ditolak kerana gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

“Nombor terlaris siri AKU ialah AKU 1305 iaitu seramai 49 pembida, AKU 8055 (27), AKU 89 (23), AKU 69 (21), AKU 2121 (20), AKU 4212 (19) dan AKU 805 (18) pembida,” katanya kepada pemberita.

Mohd Zawawi berkata jumlah kutipan keseluruhan nilai bidaan nombor plat kenderaan AKU ialah RM3.5 juta dan ia merupakan jumlah bidaan tertinggi yang direkodkan JPJ Perak setakat ini.

“Kebiasaannya permohonan tender nombor plat kenderaan yang direkodkan JPJ Perak adalah antara 500 hingga 600 penyertaan sahaja, tetapi bagi siri AKU permohonan bertambah enam kali ganda,” katanya.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt