Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Bagi tahun 2018, Nissan 370Z telah diperbaharui dengan sedikit perubahan estetik untuk menjadikannya lebih ‘kontemporari’. Model dua pintu pengganti kepada 350Z ini telah berada di dalam pasaran sejak tahun 2009.

Perubahan bahagian luar kenderaan ini boleh dilihat pada lampu hadapan yang mempunyai lapisan gelap, kemasan hitam pada pembuka pintu dan bampar belakang, serta lampu kombinasi di belakang (untuk model Nismo sahaja). Rekaan rim 19 inci baru turut ditampilkan untuk semua varian, manakala pilihan warna turut ditambah dengan warna merah metalik.

Di sebalik badannya, spesifikasi mekanikal 370Z masih lagi sama seperti sebelum ini, dengan menggunakan enjin V6 NA 3.7 liter berkuasa 323 hp secara standard, atau 350 hp untuk versi Nismo. Enjin ini dipadankan dengan sama ada kotak gear automatik tujuh kelajuan atau manual enam kelajuan, yang diperbaharui dengan klac berprestasi tinggi daripada Exedy.

Versi manual tiga pedal ini juga menampilkan ciri Synchro Rev Control seperti model sebelum ini, yang dapat membantu penurunan gear dengan melakukan blip untuk menyamakan putaran enjin semasa memperlahankan kenderaan. Di dalam, 370Z baru ini mendapat pilihan tambahan sistem hiburan dan informasi NissanConnect Premium, yang termasuk skrin sesentuh tujuh inci, navigasi satelit, pemain DVD dan kamera undur.

Nissan 370Z 2018 yang dipertingkat ini boleh didapati terus di Eropah, manakala versi Nismo dan Roadster kekal tidak berubah untuk pasaran tahun ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on email
Email
Share on whatsapp
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

 No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt