Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Ada tidak di kalangan pembaca Mekanika yang masih mengingati grafik Proton PERT atau Proton/Petronas BTCC?

 

Jika ada, maknanya grafik dan tema warna yang digunakan memang berkesan kerana era tersebut sudah lama berlalu. Satu perkara menarik tentang dunia permotoran selain prestasi dan kemenangan ialah grafik dan tema warna yang digunakan.

Ia memberi kesan dan ingatan walaupun sekian lama ditinggalkan. Sekali-sekala ia diguna semula sebagai tanda peringatan yang dijelma kembali kepada jentera perlumbaan generasi baharu.

Ini apa yang bakal digunakan oleh jentera No. 23 Nissan Altima (Teana) yang dipandu oleh Michael Caruso dan Dean Fiore pada perlumbaan Sandown 500 di Australia.

Kredit foto: Diubahsuai daripada Nissan

Penggunaan grafik dan tema warna biru Calsonic itu adalah sebagai tribut kepada kereta yang mendominasi perlumbaan kereta penumpang Group A Jepun pada awal 1990.

Pada era tersebut, Team Impul bersaing dalam Kejuaraan Kereta Penumpang Jepun menggunakan jentera Calsonic Nissan GT-R R32 dan berjaya mencatat rekod menggagumkan dengan 15 kemenangan dan menjuarai perlumbaan tahun 1990 dan 1993.

Lebih menarik, Nissan R32 begitu berjaya sehingga kekal menang dalam 29 perlumbaan bermula dari debut pertama pada 19990 sehingga tamatnya era Group A pada 1993.

Kredit foto: Diubahsuai daripada Nissan

Selain berjaya di Jepun, Calsonic Nissan kemudiannya semakin terkenal di peringkat global selepas disenaraikan dalam permainan video Gran Turismo dan menjadi pilihan popular buat graduan GT Academy iaitu Jann Mardenborough. Menariknya beliau ditaja oleh Calsonic bagi menyertai perlumbaan GT500 di Super GT pada tahun ini.

Calsonic sudah lama bersama Nissan. Kedua-dua syarikat telah bekerjasama lebih dari 30 tahun dan terlibat dalam perlumbaan Super GT dan juga perlumbaan tahan lasak dunia seperti 24 Jam Le Mans dan juga All-Japan Sports Prototype Championship.

Kredit foto: Nissan

Dalam perlumbaan Super GT, Calsonic menang buat kali pertama dalam tiga kejuaraan berturut-turut (sebagai penaja) dari tahun 1993 hingga 1995. Kereta yang gemilang itu dipandu oleh Masahiko Kageyama dan grafiknya masih lagi terpakai pada jentera GT500 yang dipandu oleh Mardenborough dan Hiro Yasuda.

Dan menjadi kebiasaan buat Nissan yang kaya dengan warisan perlumbaan, kereta asal Calsonic GT-R masih lagi dijaga elok dan kini tersimpan di Muzium Warisan Nissan di Jepun.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt