Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

 

Zaman sekarang ni memang zaman kena gigih berusaha utuk cari duit lebih. Maklumlah kos sara hidup yang kian tinggi terutamanya yang memiliki keluarga untuk ditanggung, anak-anak hendak bersekolah dan sebagainya. Jadi pasti ramai di antara kita yang terfikir untuk memulakan perniagaan. Tak kiralah meniaga makanan, pakaian atau sebagainya, janji ia sumber pendapatan yang halal.

Memang kebelakangan ini, lebih ramai yang memilih untuk meniaga secara dalam talian. Mungkin lebih mudah dan kos lebih menjimatkan. Apatah lagi strategi pemasaran yang lebih meluas, maklumlah bila ramai yang kongsikan ‘share’, boleh jadi tular dibuatnya. Tetapi masih ramai juga yang memilih cara konvensional dengan menjual produk di tapak-tapak perniagaan, termasuk di bazar, ekspo, pasar malam dan sebagainya.

Untuk itu, cara yang terbaik adalah memiliki pengangkutan yang bersesuaian. Bagi anda yang mencari-cari pengangkutan yang sesuai untuk melancarkan lagi perniagaan anda, Nissan Clipper 660 cc ini antara pilihan yang wajar dipertimbangkan. Di Jepun, trak ini dikategorikan di bawah kei truck untuk kenderaan komersil tugas sederhana dan ringan.

Dibawa masuk dari negara matahari terbit itu oleh Combine Motor Sdn Bhd, ia merupakan trak recond yang dijanakan enjin petrol berkapasiti 660cc tiga-silinder yang dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan. Trak dua tempat duduk ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 48 PS pada 5,250 rpm dan puncak tork 62 Nm pada 4,000 rpm.

Kei truck pacuan dua-roda ini memiliki dimensi berukuran 3,395 mm bagi panjangnya, selebar 1,475 mm dan berketinggian 1,790 mm serta 2,220 mm bagi jarak roda. Manakala berat dengan muatan (BDM) tidak melebihi 2,000 kg.

Clipper 660 cc ini ditawarkan dengan enam pilihan badan, bermula kerangka keluli sebagai model asas, diikuti dengan wooden cargo, luton box, mobile food truck dan pasar malam luton. Harganya pula bermula RM30,000 bagi model asas dan mampu meningkat sehingga RM50,000 mengikut pilihan badannya. Walau bagaimana pun, pembelian kei truck ini perlulah didaftarkan di atas nama syarikat, bukan pendaftaran persendirian. Dan walau pun ia recond, namun waranti masih diberikan iaitu tiga bulan atau sehingga 5,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kei truck ini, anda boleh terus kunjungi bilik pameran Combine Motor Sdn Bhd yang terletak di One Selayang, Batu Caves.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt

Shopping Basket