Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) mengumumkan bahawa tempahan Nissan Serena S-Hybridgenerasi kelima serba baharu kini sudah dibuka. Malah MPV baharu ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2018.

Difahamkan, bahagian mekanikal untuk Serena baharu ini tiada perubahan berbanding model terdahulu. Ia masih mengekalkan enjin 2.0 liter (MR20DD) CVTC Berkembar (Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar) dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT dan Kawalan Syif Adaptif (ASC).

Padanan enjin ini mampu menjana kuasa maksimum 150PS pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400rpm. Kegunaan Dual Arm Tensioner (DAT) baharu pula menghasilkan ketegangan rendah pada tali sawat bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan efisiensi bahan api.

Selain itu, MPV ini turut dilengkapi dengan sistem Hibrid Pintar kompak yang didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem Berhenti Melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyah pecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.

 

Klik untuk besarkan

 

Penambahbaikan pada enjin kenderaan ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km per liter (NEDC R101), sekaligus memberikan Serena S-Hybrid serba baharu bertaraf Kenderaan Cekap Tenaga atau EEV.

Antara elemen yang ditampilkan termasuklah padanan roda 15-inci dan tayar 195/65. Elemen standard termasuk pintu gelangsar dwi-berkuasa, Paparan Pandangan Sekeliling 360-sudut, tujuh USB port dan Pengesan Objek Bergerak Pintar (I-MOD).

Bagi elemen keselamatan, ia ditawarkan dengan enam beg udara, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki (HSA), ABS dengan EBD, bantuan brek dan dua cagak Isofix. Empat warna yang bakal ditawarkan iaitu Brilliant White, Tungsten Silver, Diamond Black dan Cashmere Gold.

Anda yang berminat, bolehlah mendaftar di pautan khas oleh Nissan Malaysia ini.

GALERI: Nissan Serena S-Hybrid generasi ke-lima yang dipertontonkan di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt