Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Sumber: paultan.org

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semula kaunter urusniaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, barangan dan pelancongan mulai 29 April 2020. Walau bagaimana pun, pembukaan semula kaunter tersebut buat masa ini tidak melibatkan urusan bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPJ, ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan iaitu penjarakkan sosial dan aspek kesihatan seperti berlakunya kesesakan di kaunter.

Bagi pemandu kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (termasuk lesen memandu vokasional) masih dilanjutkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang perkhidmatan dan pengoperasian.

“Bagi urusniaga yang melibatkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan semasa isu pandemik COVID-19 dan keputusan kerajaan mengenai PKP,” kata kenyataan terbabit.

JPJ_1_BM
JP_2_BM

Klik untuk besarkan

Urusan kaunter urusniaga yang dibuka mulai 29 April ini iaitu yang melibatkan kenderaan perkhidmatan awam, barangan dan pelancongan adalah bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), memperbaharui Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) serta menyelesaikan senarai hitam dan pembayaran saman berhubung dengan dua urusan lesen berkenaan. Walau bagaimana pun, waktu operasi bagi kaunter berkenaan adalah dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari sahaja.

Sejak 20 Mac lalu, JPJ telah menutup semua perkhidmatan di kaunternya selaras dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP mulai 18 Mac 2020. Walau pun pada mulanya, JPJ telah memaklumkan pembukaan kaunter perkhidmatan di cawangannya (kecuali di UTC) beroperasi seperti biasa. Namun demikian, setelah mendapati kaunter-kaunter JPJ telah menjadi tempat orang ramai berkumpul, iaitu bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, keputusan penutupan tersebut terpaksa diambil.

Walau bagaimana pun, bagi LKM kenderaan persendirian yang tamat tempoh dalam pelaksanaan PKP ini, anda boleh memperbaharuinya menerusi portal MYEG dengan transaksi bayaran secara dalam talian. Manakala cetakan bagi LKM anda juga akan dihantar menerusi perkhidmatan pos.

Sumber: paultan.org

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email
Share on whatsapp
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

 No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt