Kali ini saya mahu kongsikan cara-cara untuk INTERCHANGE/TUKAR NOMBOR PLATE KENDERAAN.
Ok,Interchange ni kita nak tukar nombor plate dari kenderaan lama kepada kenderaan baru,pertama sekali syarat utama untuk tukar nombor plate adalah MESTI ada kenderaan baru yang belum didaftarkan,yang kedua MESTI penama atau pemilik kenderaan itu adalah orang yang sama dan yang ketiga mesti ke puspakom untuk Inspection kereta lama.
Mula-mula sekali bila dah beli kenderaan baru(sebaiknya selepas urusan pinjaman bank diluluskan) bawa kereta lama ke puspakom untuk pemeriksaan khas tukar nombor pendaftaran. Selepas selesai,report puspakom tersebut terbesut bagi kepada salesman untuk urusan pendaftaran(pastikan report tersebut LULUS).
Jadi kenderaan lama sebagai contoh ABC123 akan ke kenderaan baru,dan kenderaan lama boleh beli nombor plate baru atau running mana-mana negeri.
Kos semasa untuk proses Interchange adalah sebanyak RM210,kos untuk pemeriksaan puspakom adalah sebanyak RM26.50 dan untuk upah runner kebiasaan dengan harga rm150-200 bergantung pada tempat.
Dokumen diperlukan semasa ke membuat pemeriksaan :
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
- 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
- Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
- Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
- Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).
Semoga bermanfaat.
Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrg