an Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pemilik Nissan menghantar kenderaan mereka ke pusat servis mereka.
Pusat servis TCEAS yang terbabit akan mempratikkan sistem ‘tinggal dan ambil’, di mana pelanggan hanya boleh meninggalkan kenderaan mereka di pusat servis mengikut slot yang ditempah dan tidak akan dibenarkan untuk menunggu di sana.
Pemilik diwajibkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis terdekat. Temu janji boleh dibuat menerusi aplikasi DriveOn atau dari laman web TCEASdan pusat panggilan Nissan Customer Care di talian 1800- 88-3838.
Senarai pusat servis TCEAS yang dibenarkan untuk beroperasi adalah seperti berikut:
TCEAS akan turut mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengambil suhu badan pelanggan dan kaki tangan mereka, memastikan jarak sosial yang disarankan dan pembasmian kuman secara kerap di pusat servis.
Semua kenderaan juga akan melalui proses disinfeksi sebelum dan selepas servis. Topeng muka dan cecair pencuci tangan akan turut dibekalkan secara percuma, manakala bayaran tanpa kontak (cashless) turut digalakkan.
Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrg