Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

SELAIN trend berbasikal, orang kita juga gemar berlari sebagai aktiviti sukan. Setiap minggu, kita dapat lihat trek larian di taman riadah dan rekreasi dipenuhi pelari-pelari amatur dan profesional.

Ada yang lebih maju, mereka mengorak langkah ke jalan raya dengan berlari di kaki lima dan lebuh raya serta bandar. Jika anda salah seorang daripada kalangan pelari itu, sama ada sudah sedia melakukannya atau merancang berlari luar trek biasa, anda sepatutnya sedia maklum dengan risiko keselamatan yang perlu ditempuhi.

Di sini kami siarkan tip dikongsikan laman Facebook rasmi Polis Kedah kepada pelari atau pejalan kaki yang bercadang berlari jarak jauh atau dalam tempoh lama, ataupun jika mahu berlari di luar kawasan rekreasi.

TIP BAGI PENGGEMAR AKTIVITI LARIAN DAN PEJALAN KAKI

1. Maklum kepada Waris/Jiran

Sekiranya merancang melakukan aktiviti dengan jarak dan tempoh yang panjang, lebih baik maklum kepada waris atau jiran terdekat supaya sekiranya berlaku apa-apa, kita mudah dicari.

2. Lari Menghadap Trafik

Berlari lawan arus trafik supaya boleh bertindak balas dengan cepat kalau kenderaan menuju ke arah kita. Ini memudahkan pemandu kenderaan melihat kita.

3. Beri Laluan

Apabila kenderaan banyak, jalan sempit, jadi berilah laluan. Berlari dekat bahu jalan, kaki lima. Jalan tu kenderaan yang punya. Bertimbang rasa.

4. Mudah Dilihat
blinker-light-runner-2
blinker-light-runner

Pakai pakaian warna terang, baju reflektif, pakai blinkers. Kalau perlu pakai headlamp, pakai je. Kalau waktu malam, amat penting untuk dilihat kenderaan lain bagi mengelakkan kecelakaan.

5. Elak Guna Fon Kepala/Telinga (Headphone/Earphone)

Apabila menggunakan fon telinga/kepala, kita mungkin tidak dapat mendengar bunyi kenderaan yang hadir di sekeliling.

6. Pemilihan Laluan

Jauhi kawasan sesak dan berisiko tinggi. Laluan berbukit amat berisiko tinggi kerana penglihatan pemandu boleh terganggu, lebih-lebih lagi di kawasan puncak bukit.

7. Lari Berteman
lari-berteman-1
lari-berteman-2

Elakkan menjalankan aktiviti larian seorang diri. Ajak pasangan atau rakan anda.

8. Hormati Pengguna Jalan Lain

Sekiranya berlari dalam kumpulan, elakkan berlari dalam kelompok besar dan mengganggu pengguna jalan raya lain.

9. Bawa Sedikit Wang

Bawa sedikit wang untuk tujuan kecemasan sekiranya perlu.

10. Bersopan di Jalan Raya

Patuhi arahan lampu isyarat dan petunjuk isyarat jalan raya lain. Guna isyarat tangan untuk ke kiri atau kanan, dan guna isyarat tangan untuk ucap terima kasih.

Sumber: Pandu laju

Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrg
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt