Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Kejadian yang menimpa empat sekawan yang mengalami keracunan gas karbon monoksida (CO) selepas tidur di dalam kenderaan yang tidak bergerak tapi enjin masih dihidupkan, di Pulau Pinang, baru-baru ini cukup menyedihkan. Tiga daripadanya meninggal dunia, dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang masih dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah.

Insiden ini menerima pelbagai maklumbalas daripada pakar mahu pun netizen yang memberikan pandangan mengikut fakta yang relevan, dan tak kurangnya ada yang mengulas secara membuta tuli. Walau bagaimana pun, kita disarankan agar tidak lekas terpengaruh dengan teori yang tidak tepat, termasuklah ada yang berkata kebocoran gas CO hanya boleh berlaku terhadap kenderaan lama sahaja.

Malah ada juga yang berkata, tidur dalam kenderaan yang tidak bergerak, tetapi enjin dihidupkan dan tingkap dibuka sedikit untuk pengudaraan, tidak akan mendatangkan bahaya.

Menurut Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Senator Datuk T. Mohan, kedua-dua pandangan berkenaan adalah tidak tepat.

Engine idling exhaust fumes-1
Exhaust engine idling-1

Katanya, tanggapan umum bahawa kebocoran gas karbon monoksida hanya boleh berlaku pada kenderaan lama tidak benar kerana ia juga boleh berlaku pada kenderaan baharu. Selain itu, pendapat segelintir pihak kononnya menurunkan cermin kenderaan dapat mengelak keracunan gas karbon monoksida juga tidak tepat, laporan Bernama

“Enjin kenderaan dihidupkan dalam jangka masa panjang tanpa disedari kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang. Kebocoran gas itu dapat dikesan dengan tanda awal seperti perubahan suhu dalam kabin dan rasa loya. Jika ada tanda-tanda ini, tingkap perlu dibuka dengan segera selain penyaman udara dan enjin juga perlu dimatikan dengan segera,” katanya.

Tambahnya, pemandu diingatkan agar tidak tidur dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan kerana ia boleh menyebabkan keracunan gas karbon monoksida.

Mohan turut mengingatkan pemandu yang mengantuk agar berhenti dan berehat di luar kenderaan atau di tempat sesuai dengan kitaran udara yang baik, selamat serta segar tanpa membahayakan diri sendiri.

“Pengguna kenderaan juga katanya perlu memastikan penyaman udara kenderaan diselenggara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan bagi mengelak insiden tidak diingini,”katanya lagi.

Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Twitter: @nissanktrg

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt