Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Nissan telah mengesahkan bahawa model generasi baharu kereta sport Z mereka bakal membuat kemunculan sulungnya di New York, Amerika Syarikat pada 17 Ogos akan datang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat baharu mahupun imej teaser disiarkan untuk kali ini.

Model prototaip Z generasi ketujuh berkenaan telah pun didedahkan pada September tahun lalu, digelar sebagai Nissan Z Proto. Ia menampilkan rupa klasik dengan banyak perincian dari model generasi pertama Datsun 240Z S30Z terutamanya pada bahagian muka dan bayangan sisi badan, manakala lampu belakangnya pula diinspirasikan dari model generasi keempat Nissan 300ZX Z32.

Pengaruh S30Z turut banyak dibawa ke bahagian kabin dengan diberikan meter ‘tiga beradik’ pada bahagian tengah papan pemuka, serta menampilkan paparan instrumen utama digital dan juga tuil brek tangan manual.

Nissan-400Z-Grey-Spied-3_BM
Nissan-400Z-Grey-Spied-2_BM
Nissan-400Z-Grey-Spied-1_BM

Gambar Nissan Z generasi baharu versi produksi yang bocor

Menurut Presiden Nissan, Makoto Uchida, rupa yang ditampilkan pada Z Proto tersebut adalah sangat hampir pada bentuk produksi. Dan apa yang diperkatakan berkenaan terbukti benar apabila gambar model produksi sebenar Nissan Z generasi baharu tersebut bocor di internet Mac lalu, yang menyaksikan hanya sedikit perincian kecil yang berbeza.

Ketika pendedahan Z Proto tahun lalu juga Nissan telah mengesahkan bahawa model generasi baharu ini akan dijana oleh enjin V6 Twin Turbo, dan ia juga ditawarkan dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan, serta memacu hanya roda belakang.

Menerusi pelbagai laporan media sebelum ini, Nissan Z generasi baharu ini dijangkan akan digelar 400Z, dihasilkan menggunakan platform FM (asas yang sama seperti Infiniti Q60 Coupé) yang diolah semula, dan oleh itu ia mungkin akan dijana oleh enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo. Manakala dalam permainan video simulator pemanduan Project Cars 3, spesifikasi Nissan Z Proto tersebut mencatatkan bahawa enjin berkenaan menghasilkan kuasa 450 PS, dengan berat badan hanya 1,475 kg.

https://youtube.com/watch?v=qKXtsW33Ij0%3Ffeature%3Doembed

GALERI: Nissan Z Proto

Sumber:paultan.org

www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt