Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Seperti yang telah diumumkan bulan lalu, Nissan Australia telah pun melancarkan trak pikap istimewa untuk pasaran berkenaan, digelar sebagai Navara Pro-4X Warrior. Ini bukan model edisi isimewa dengan gimik kosmetik semata-mata, kerana ia dilengkapi dengan peralatan prestasi off-road yang serius!

Model ini dibangunkan bersama firma kejuruteraan Australia, Premcar, yang sebelum ini turut terlibat dalam pembangunan Navara N-Trek Warrior untuk generasi sebelumnya. Model ini menerima pelbagai modifikasi bagi menjadikan ia sebuah jentera off-road yang boleh beraksi di laluan lasak, dan disifatkan “dihasilkan khas untuk Australia serta keadaan di Australia.”

“Kami bertekad untuk menghasilkan Navara paling lasak di dunia, dan itu yang telah kami capai dengan Warrior baru ini. Ia perlu menjadi kenderaan yang pelanggan akan menikmatinya sama ada atas atau di luar jalan raya, memberikan keselesaan dan kemampuan tidak kira apa juga keadaan, sambil mempertingkatkan ketahanan Navara, dan menambahbaik kelasakannya untuk ke mana sahaja. Hasilnya adalah Warrior yang lebih kuat, lebih selamat dan lebih pintar, tetapi tidak kurang dari segi praktikal dan berkebolehan,” kata Bernie Quinn, pengarah di Premcar Engineering.

Warrior diasaskan dari Navara Pro-4X sedia ada dan masih mengekalkan enjin diesel empat-silinder 2.3 liter turbo berkembar yang menghasilkan 189 PS (187 hp) dan tork maksima 450 Nm. Walau bagaimanapun, enjin berkenaan adalah berbeza dengan Navara Pro-4X pasaran Malaysia yang dijana enjin diesel 2.5 liter empat silinder turbo berkuasa 190 PS (187 hp) dan 450 Nm.

Walaupun masih mengekalkan enjin asal, model Warrior ini menerima perubahan yang signifikant pada casis. Jarak kelegaan tanah meningkat 40 mm kepada 260 mm, membolehkan sudut approch meningkat kepada 36 darjah dari 32 darjah, serta sudut berlepas meningkat kepada 19.8 darjah dari 19 darjah.

Bampar hadapan digantikan dengan bull bar warna badan bersepadu dengan bar lampu LED, serta bersedia untuk dipasangkan dengan winch. Ia turut disertakan dengan plat bash berwarna merah, bersama pelindung bawah badan peringkat kedua dengan logam 3 mm yang turut menerima kemasan berwarna merah.

Suspensi model istimewa ini juga telah ditala semula yang bukan sahaja meninggikan lagi badan trak pikap ini, malah ia turut memberikan keselesaan serta pengendalian lebih baik tidak kira pada laluan atas jalan raya atau off-road. Perubahan yang dibuat termasuk menggunakan spring baharu yang memberikan lebih sokongan di hadapan serta kurang olengan badan, manakala penyerap hadapan ditala bagi memberikan serapan kelajuan rendah bagi meningkatkan isolasi jalan raya dan keselesaan.

Suspensi berkenaan juga diberikan kadar lantunan dan tekanan kelajuan tinggi yang dipertingkatkan – 50% di hadapan dan 100% di belakang – bagi memberikan kawalan roda lebih baik serta mengelakkan hentaman atas dan bawah ketika dikenakan impak yang besar.

Penyerap hentak belakang pula ditala bagi mendapatkan kawalan kelajuan rendah dengan dikeraskan lagi untuk mengurangkan kesan terapung ketika menunda dan membawa beban pada bed. Kadar serapan lantunan di belakang turut dipertingkat lebih dari 50% bagi meningkatkan kestabilan pengendalian, bersama serapan tekanan turut ditambahbaik.

Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-36_BM
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-23_BM
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-50_BM

Jounce bumper pada suspensi Warrior ini turut menerima ubahsuai. Ia kini bukan sahaja lebih besar dan lebih tinggi, tetapi juga berhubung dengan rel casis lebih cepat ketika suspensi bergerak turun dan naik. Ini membolehkan ia memberikan kadar lebih progresif mengawal pergerakan roda ketika suspensi bergerak pada kadar paling tinggi.

Navara Pro-4X Warrior ini turut menerima rim 17-inci baharu yang dibaluti tayar All-Terrain Cooper Discoverer AT3 bersaiz 275/70R17. Dengan set roda yang lebih lebar ini, ia turut diberikan fender flare pada setiap ruang roda menjadikan trek keseluruhannya 30 mm lebih lebar.

Menurut Nissan, tayar yang lebih lasak berkenaan menawarkan bunga tayar yang lebih dalam, di mana ia sangat berguna dalam laluan off-road dalam masa yang sama tidak menghasilkan bunyi yang kuat di atas jalan raya. Tambahan lain termasuk pakej pelekat badan Warrior, bar tunda yang diubahsuai dan juga sulaman pada perehat kepala tempat duduk.

     

     

Sumber:paultan.org

www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt