Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Abg lan, meniaga rojak tepi jalan sahaja.

Jika saya seorang penjual pisang goreng, apa saya akan buat?

1.Daftar syarikat enterprise RM70

2.Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi.
Jika buka di Bank Islam, tak perlu referral standby deposit RM1000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat.
Lepas akaun berjaya dibuka, RM1000 boleh bawa keluar 100%.
Akaun semasa ni, tak sama dengan akaun simpanan kena tinggal RM1 lah, RM20 lah ada yang RM50 pun ada.
Akaun semasa boleh guna hingga baki tinggal RM0.00

3.Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut katakan RM5000

4.Setiap kali nak beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni.
Contoh modal untuk buka kedai harian RM200, pastikan resit pembelian disimpan dan ada rekod RM200 dikeluarkan dalam akaun bisnes tersebut.

5.Hasil jualan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tersebut.
Setkan masa tutup akaun pukul 3petang contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil jualan harian.
Untuk hasil jualan selepas pukul 3petang masuk dalam hasil jualan esok pula.

6.Jika ada pekerja harian, lagi cantik setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja tersebut.
Kenapa online transfer?Sebab mudah nak trace transaksi masa nak buat penyata untung rugi bila hujung tahun.
Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lebih mudah kerana boleh rekodkan terus di reference semasa nak lakukan transaksi secara online.

7.Untuk kegunaan tuan punya kedai samada nak guna buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes dan letakkan reference sebagai “ambilan”.

8.Untuk sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak pergi dan balik semasa buka dan tutup kedai atau membeli barang boleh claim dari akaun bisnes juga.
Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan.
Senang cerita jika kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tak dikenakan cukai kerana keuntungan bersihnya yang tidak capai minimum yang dikenakan cukai.

9.Cukup setahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi.

10.Declare income tax, kalau tak pandai minta jer akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu.
Nanti akauntan akan interview lah berkenaan dengan perkara yang membolehkan dapat pelepasan dan rebate tahun itu.

11.Jika ada dikenakan cukai, bayar terus dan fokus pula untuk akaun bagi tahun berikutnya.

*Resit isi minyak,beli pisang,tepung dan lain-lain simpan dalam satu file.Jika advance siket scan terus upload dalam google drive jika risau hilang entah ke mana nanti.

Ni apa yang akan saya buat, mungkin yang lebih pro lebih details step dan rekodnya.

Jika dah niaga 10tahun tak pernah buat, mulakan sahaja sekarang.

Mungkin step di atas tu tak berapa tepat, nanti tahun pertama pasti akauntan yang buat penyata untung rugi kita akan nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes kita.

Untung ke rugi kalau ikut step di atas?😁

Jika kita mampu beli rumah seawal usia menggunakan akaun bisnes secara loan kenapa nak tunggu dah berumur baru nak beli rumah secara tunai?

Silap-silap masa tu harga rumah pun dah double dari hasil simpanan bisnes kita.

Dah dapat loan awal, jika bisnes untung besar, setel awal loan siap dapat rebate lagi.😎

Boleh follow Nissan Kuala Terengganu untuk info bermanfaat yg lain Insyaallah.

Cnp cc:saharudin Yusof

Nissan Kuala Terengganu Mazani-0139900147 www.nissankt.com.myFB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganuIG: NissanKT www.instagram.com/nissanktTelegram: NissanKT https://t.me/nissanktTwitter: @nissanktrg

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

[icon name=”phone-square”]  No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

[icon name=”envelope”]Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt