Hi,Saya Mazani
Nissan certificate Sales Advisor

JAMINAN

Kami berpengalaman lama dalam jualan kereta. Jaminan kami, anda akan dapat kereta idaman anda.

TRADE IN DITERIMA

Kami menerima apa jua kereta lama untuk di tukar beli.​

HARGA TRADE IN TERTINGGI

Kami menawarkan harga trade in tertinggi dari pasaran.

PENGHANTARAN PERCUMA

Penghantaran percuma ke seluruh malaysia.

DOOR 2 DOOR SERVICE

Kami akan hantar kereta anda walau di mana saja. Anda tidak perlu susah-susah datang showroom.

INTEREST RENDAH

Kami akan berikan jaminan interest terendah kepada anda.

Setelah beberapa pemain utama sektor automotif tempatan menyuarakan gesaan terhadap kerajaan agar membenarkan sektor berkenaan memulakan semula operasi dalam masa terdekat, kerajaan dalam satu kenyataan yang baru dikeluarkan akhirnya bersetuju untuk memberikan kelonggaran itu, termasuk bagi negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Bermula Isnin, 16 Ogos 2021, beberapa sektor berkaitan automotif seperti pengilangan/pembuatan, pusat pengedaran dan bilik pameran serta pusat cuci kenderaan dibenarkan untuk beroperasi semula. Tetapi, ada syarat atau SOP baru yang perlu dipatuhi — bagi kunjungan ke bilik pameran misalnya, hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin (dan selepas 14 hari bagi dos kedua) sahaja yang boleh berkunjung secara fizikal ke premis.

Satu lagi syarat yang ditetapkan kerajaan berkaitan vaksin ini untuk kelonggaran terbaru ini adalah, ia hanya diberikan kepada negeri yang sudah menyaksikan lebih 50% populasi dewasa mereka telah selesai menerima suntikan vaksin tersebut. Ini bermakna, Selangor dan juga Kuala Lumpur (yang menjadi negeri utama lokasi kilang-kilang automotif di Malaysia) akan termasuk dalam senarai ini dan boleh beroperasi.

Sebelum ini, beberapa kilang yang berada dalam negeri Fasa 2 dan 3 PPN telahpun dibenarkan beroperasi di bawah syarat-syarat tertentu. Kini, kelonggaran sama dilanjutkan kepada negeri-negeri Fasa 1; kilang mereka boleh beroperasi hingga kapasiti penuh, bergantung kepada kadar vaksinasi seperti dinyatakan.

Setakat 14 Ogos 2021, sejumlah kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang sudah mencapai 64.7% kadar yang telah divaksin. Untuk itu, individu yang telah lengkap dua dos vaksin (dan lengkap 14 hari selepas dos kedua) boleh memanfaatkan kemudahan atau kelonggaran terbaru ini.

Selain Lembah Klang, negeri-negeri lain yang juga sudah melebihi kadar 50% pemvaksinan terhadap populasi dewasa termasuk Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan. Dalam kenyataan yang sama juga turut menjelaskan, perincian garis panduan bagi bagi kemudahan-kemudahan yang baru diumumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email
Share on whatsapp
WhatsApp

Tinggalkan pesanan

Hubungi Saya

 No Tel: 013-9900 147 (MAZANI) 

Email: nissanktrg@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/nissanterengganu

Instagram: nissankt

Telegram: nissankt