fbpx
Puspakom_cashless_BM-630x473-1

Puspakom bakal laksana transaksi tanpa tunai sepenuhnya bermula suku pertama tahun 2022

Puspakom Sdn Bhd telah mengumumkan bakal melaksanakan transaksi tanpa tunai sepenuhnya di semua pusat pemeriksaannnya termasuk perkhidmatan mobile bergerak bermula suku pertama (Q1) tahun 2022. Setakat suku ketiga 2021, sebanyak 91% transaksi tanpa tunai telah dilaksanakan di semua pusat pemeriksaannya sejak April lalu.

Menurut Puspakom, mod urusniaga tanpa tunai dan e-dompet membawa banyak kelebihan lain, seperti keselamatan kepada pengguna dan Puspakom sendiri, selain mengurangkan transmisi kuman atau virus yang mungkin berlaku dalam transaksi tunai. Bukan itu sahaja, pelaksanaan transaksi tanpa tunai ini dapat menjimatkan masa dan memastikan transaksi prmbayaran yang lebih selamat.

Justeru, mod ini akan diperluaskan ke perkhidmatan mobile bergerak termasuk trak dan van Puspakom pada masa yang terdekat. Puspakom menjangkakan 100% penggunaan transaksi tanpa tunai di kalangan pelanggan akan dicapai pada suku pertama tahun 2022.

“Kadar penggunaan transaksi tanpa tunai yang semakin meningkat di Puspakom menunjukkan penerimaan e-pembayaran di kalangan pelanggan sangat menggalakkan. Selain kad debit dan kad kredit, Puspakom juga memberikan pilihan pelbagai e-dompet termasuk Puspakom e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay di semua pusat pemeriksaan Puspakom. Tiada alasan lagi sebenarnya untuk tidak menggunakan mod transaksi moden ini,” kata Shukor Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom.

Katanya lagi, initiatif ini juga sejajar dengan langkah Kerajaan yang giat mempromosi penggunaan e-pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga bagi merancakkan lagi transaksi digital yang mudah dan selamat, dan meningkatkan kebeskesanan sistem e-pembayaran di Malaysia.

“Selari dengan ini, usaha mendigitalisasikan segala urusan di Puspakom dari temujanji dalam talian untuk pemeriksaan kenderaan, pembayaran yuran pemeriksaan dan pembaharuan insuran tanpa tunai, pemeriksaan kenderaan secara berkomputer juga terus meningkat,” jelasnya lagi.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
TnG-RFID-5-BM-630x420

Pelaksanaan TnG RFID tertangguh sebab pandemik

Touch ‘n Go (TnG) memaklumkan bahawa pelaksanaan sistem RFID di lebuhraya utama seluruh negara ketika ini tertangguh akibat pandemik Covid-19. Bagaimanapun, syarikat itu terus menjalankan kerja-kerja bersama rakan konsesi untuk memastikan operasi sistem berkenaan di seluruh rangkaian lebuhraya utama akan dapat dicapai dan berjalan lancar kelak, lapor The Malaysian Reserve.

Menurut CEO Kumpulan TnG, Effendy Shahul Hamid, keseluruhannya ada 273 lorong di lebuhraya telah menjadi ujian RFID, dan kedua-dua syarikat serta rakan konsesi akan bekerjasama memastikan prestasi operasi optimum bagi setiap lorong RFID sebelum melancarkannya secara rasmi di seluruh negara.

Ketika ini, sistem RFID tersedia di semua lebuhraya kecuali di beberapa jalur, iaitu di PLUS di Juru, P. Pinang ke Skudai, Johor; Lebuhraya Pantai Timur di Karak, Pahang, hingga Terengganu; dan Lebuhraya Pantai Barat di Kampung Lekir ke Beruas di Perak.

Effendy memaklumkan, kawalan pergerakan ketika PKP sebagai sebab utama yang menyumbang kepada penangguhan tersebut. “Walaupun pandemik ini telah menyebabkan penangguhan kepada perancangan awal berkaitan RFID, kami juga faham bahawa kesihatan dan keselamatan bersama adalah lebih penting untuk diberi perhatian ketika ini,” jelasnya.

Walaupun dengan kelewatan itu, ramai pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa sentuhan itu. Effendy berkata yang jualan tag TmG RFID telah banyak meningkat. “Bayaran tanpa sentuhan ini menjadi trend baru pengguna. Transaksi tanpa tunai menjadi pilihan bagi kebanyakan pengguna di Lebuhraya. Kesannya, jualan tag RFID meningkat, terutama dengan pengenalan kit pasang sendiri pada Mei 2020,” ujarnya.

Syarikat itu mendedahkan lebih daripada 500,000 telah terjual sejak sistem berkenaan beroperasi dalam program percubaan sejak September 2018. Ketika ini, kit pasang sendiri itu boleh dibeli melalui TnG eDompet dan kedai rasmi dalam talian syarikat itu serta platform e-dagang lain seperti Lazada dan Shopee.
Menurut syarikat itu, ekosistem TnG kini memiliki 25 juta kad TnG yang aktif, dengan lebih 16 juta pengguna eDompet dan 1.5 juta pengguna tag RFID.

Selain bayaran tol secara elektronik, sistem ini juga akan dimanfaatkan untuk tujuan isian minyak tanpa tunai. TnG dan Shell Malaysia kini sedang menjalankan progrom ujian TnG RFID Isian Semula di lima stesen Shell terpilih di Lembah Klang.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
SNS-Products-Kempen-Bantuan-Car-Seat-01_BM-630x305

Permalink to Kempen Bantuan Car Seat Safe ‘n Sound sediakan 200 kerusi kanak-kanak percuma kepada yang memerlukan

Kerusi keselamatan kanak-kanak kini menjadi aspek keselamatan penting di dalam kenderaan. Juga, tak semua orang mampu untuk menyediakannya untuk ahli keluarga. Kajian oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan hanya 30% pemandu di Malaysia yang menggunakan kerusi keselamatan berkenaan, dan satu daripada sebabnya adalah kerana harga yang agak mahal bagi keluarga berpendapatan rendah.

Dengan keadaan ekonomi yang tenat ketika ini, ada pihak yang berusaha untuk meringankan beban kelompok yang mungkin memerlukan kerusi keselamatan kanak-kanak berkenaan. SNS Product telah memperkenalkan sebuah usaha untuk membantu keluarga yang memerlukan agar mereka boleh mendapatkan kerusi keselamatan ini. Syarikat berkenaan menawarkan 200 buah kerusi keselamatan kanak-kanak melalui entiti runcitnya, Safe ‘n Sound, dalam satu kempen dikenali sebagai “Kempen Bantuan Car Seat Safe ‘n Sound.”

Kempen berkenaan akan memberi tumpuan untuk melengkapi ibu bapa yang layak dengan cadangan kerusi keselamatan daripada empat jenama yang ikut serta, iaitu Joie, snskidz, mifold dan Axkid, yang mana semuanya mematuhi standard United Nations Regulation (UNR) ECE R44/04. Kerusi berkenaan akan ditetapkan mengikut umur dan berat kanak-kanak, serta sama ada kereta mereka ada menyediakan Isofix atau tidak.

Dalam masa sama, syarikat ini juga ingin memanfaatkan kempen berkenaan dengan cara meningkatkan kesedaran betapa pentingnya penggunaan kerus keselamatan ini dan mendidik ibu bapa berkaitan cara betul untuk menggunakannya.

“Kesedaran penggunaan kerus keselamatan dalam kenderaan di Malaysia agak rendah, dan ini menyumbang kepada kecederaan dan kematian dalam kemalangan, yang sepatutnya boleh kita elakkan dengan penggunaan kerusi keselamatan ini. Semua bayi dan kanak-kanak perlu menggunakan kerusi yang sesuai dengan saiz dan umur mereka, bermula dari yang baru lahir hinggalah kanak-kanak 12 tahun,” ujar pengarah syarikat berkenaan, May Hwong.

Selain memupuk penggunaan kerusi keselamatan ini, syarikat ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan cara guna yang betul. “Lebih 90% kerusi kanak-kanak ini sama dan dipasang dengan cara yang salah atau salah cara guna, dan itu tetap membahayakan nyawa kanak-kanak ketika berada di atas jalan. Adalah sangat penting untuk meletakkan kanak-kanak di bawah ketinggian 136 cm dalam kerusi khas, dan perlu juga kedudukannya menghadap ke belakang, selama yang boleh,” tambahnya.

SNS-models-2-850x757_BM
SNS-models-1-850x726_BM

Untuk itu, pakar bertauliah dari syarikat itu berkaitan Child Occupant Safety Advisors (COSA) dan Child Occupant Safety Instructors (COSI) juga boleh memberikan khidmat nasihat percuma dengan cara menilai umur, ketinggian dan berat kanak-kanak serta jenis kenderaan yang digunakan. Pemeriksaan kerusi keselamatan secara percuma juga boleh dilakukan di pusat khidmat pelanggannya untuk memastikan pemasangan yang betul.

“Kempen Bantuan Car Seat Safe ‘n Sound” ini terbuka untuk keluarga yang mempunyai anak baru lahir hingga 12 tahun dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM4,000 dan mempunyai kereta. Ibu bapa yang berminat boleh memeriksa kelayakannya di sini dan mengisi borang ini. Maklumat lanjut berkaitan kempen berkenaan ada di sini.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
puspakom-cermin-gelap-850x534_tint_BM-630x396

Puspakom benarkan kunjungan pelanggan berstatus ‘low risk’ di MySejahtera; tiada lagi ‘check in’ manual

Puspakom telah mendapat ada segelintir pelanggannya yang tidak mendaftar masuk (check in) menerusi aplikasi MySejahtera sewaktu berkunjung ke cawangannya, dan ada yang menulis informasi palsu dalam buku log. Sekaligus membuatkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes Covid-19 agak di premis berkenaan agak sukar untuk dilakukan.

Susulan perkara tersebut, Puspakom mengambil keputusan untuk hanya membenarkan pelanggan yang mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera dan diklasifikasikan sebagai ‘low risk'(risiko rendah) untuk memasuki mana-mana cawangan. Ini bermakna tiada lagi penggunaan buku log secara manual akan disediakan.

Dalam masa yang sama, Puspakom turut mengumumkan pembukaan semula beberapa cawangan yang sebelum ini ditutup untuk kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi pada awal bulan ini. Puspakom Sungai Petani di Kedah telah pun mula beroperasi sejak 9 Ogos lalu, manakala Puspakom Johor Bahru dan Taman Daya di Johor kembali dibuka semalam. Manakala Puspakom Cheras pula kembali beroperasi pada hari ini. Waktu operasi adalah dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seperti yang dimaklumkan beberapa hari lalu, tempoh lanjutan dokumen dan transaksi JPJ bakal berakhir pada 30 September ini, ini termasuklah cukai jalan dan lesen memandu, laporan Puspakom (B2, PG11A, PG13B dan B5 untuk tukar hak milik) dan pemeriksaan berjadual. Justeru, September ini adalah bulan terakhir untuk anda menempah slot temujanji dan urusan berkaitan Puspakom yang telah pun dibuka minggu ini.

“Para pelanggan dinasihatkan agar tidak melakukan urusan di saat akhir, untuk mengelakkan tempahan slot temujanji penuh. Sila aturkan temujanji anda lebih awal pada bulan ini, terutamanya untuk pemeriksaan kenderaan yang tamat tempoh pada Jun dan Julai,” ujar Puspakom.

Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan jangan lupa untuk check in di aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki mana-mana premis. Pastikan aplikasi MySejahtera sentiasa boleh berfungsi dan anda juga disarankan membawa power bank untuk mengecas telefon anda apabila diperlukan.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Naza-Automall-Full-New-Arrivals-1-e1538619731535-630x357

Naza gesa kerajaan buka segera industri automotif

Kumpulan Automotif Naza menggesa kerajaan untuk membenarkan semula sektor automotif tempatan untuk menyambung operasi dalam kadar segera, selepas dua setengah bulan PKP penuh dikenakan. Dalam satu kenyataan, syarikat itu menegaskan bahawa keseluruhan rantaian bekalan sektor berkenaan telah terkesan dengan teruk, terutama selepas penutupan penuh operasi perkilangan sejak awal Julai lalu.

CEO syarikat itu, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, banyak syarikat dengan peranan sangat penting terhadap pengeluaran dan rantaian bekalan terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. “Gangguan lebih lama terhadap perniagaan serta rantaian bekalan akan memberi kesan buruk kepada industri, terutama dengan pergantungan besar industri automotif terhadap pasaran domestik,” ujarnya.

“Penutupan berterusan terhadap jualan kenderaan, pengeluaran dan pengedaran kenderaan, komponen dan alat ganti, penutupan bilik pameran dan pusat edaran, serta penutupan penuh operasi akan membawa kesan penutupan perniagaan, terutama bagi pemain industri yang lebih kecil peranannya.”

“Situasi semasa ketika ini bukan hanya tentang menyusahkan pelanggan, sebaliknya boleh melibatkan risiko kepada pemilik kenderaan akibat penggunaa berterusan dan kenderaan yang tidak diselenggara dengan betul serta kegagalan menggantikan alatan yang perlu mengikut jadual,” jelas kenyataan itu.

UMW Toyota Motor melalui Presidennya, Ravindran Kurusamy turut menyuarakan hal yang sama berkaitan penutupan semua bilik pameran Toyota dan Lexus telah membuatkan syarikat itu tidak dapat menjalankan sebarang perniagaan. KL dan Selangor kekal dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang menetapkan kekangan ketat terhadap semua sektor ekonomi. Timbalan Pengerusinya, Akio Takeyama menambah, jika keadaan ini berterusan, ia tidak hanya akan memberik kesan kepada kenderaan komersial, yang sangat penting dalam tugas-tugas logistik di seluruh negara.

“Tambahan pula, perniagaan eksport juga akan terus terkesan memandangkan anak syarikat kami mengeksport dalam jumlah yang agak banyak melibatkan komponen automotif, sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota. Jika keadaan begini kekal, kami khuatir pelanggan kami di luar akan mencari pembekal lain memandangkan mereka tidak boleh menangguh pengeluaran mereka akibat kekurangan alatan komponen dari Malaysia. Ini juga akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia sekiranya jumlah eksport semakin menurun,” tambahnya.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
photo_2020-10-16_12-35-02

Kilang, pusat edaran, bilik pameran dan pusat cuci kenderaan boleh beroperasi bermula 16 Ogos 2021

Setelah beberapa pemain utama sektor automotif tempatan menyuarakan gesaan terhadap kerajaan agar membenarkan sektor berkenaan memulakan semula operasi dalam masa terdekat, kerajaan dalam satu kenyataan yang baru dikeluarkan akhirnya bersetuju untuk memberikan kelonggaran itu, termasuk bagi negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Bermula Isnin, 16 Ogos 2021, beberapa sektor berkaitan automotif seperti pengilangan/pembuatan, pusat pengedaran dan bilik pameran serta pusat cuci kenderaan dibenarkan untuk beroperasi semula. Tetapi, ada syarat atau SOP baru yang perlu dipatuhi — bagi kunjungan ke bilik pameran misalnya, hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin (dan selepas 14 hari bagi dos kedua) sahaja yang boleh berkunjung secara fizikal ke premis.

Satu lagi syarat yang ditetapkan kerajaan berkaitan vaksin ini untuk kelonggaran terbaru ini adalah, ia hanya diberikan kepada negeri yang sudah menyaksikan lebih 50% populasi dewasa mereka telah selesai menerima suntikan vaksin tersebut. Ini bermakna, Selangor dan juga Kuala Lumpur (yang menjadi negeri utama lokasi kilang-kilang automotif di Malaysia) akan termasuk dalam senarai ini dan boleh beroperasi.

Sebelum ini, beberapa kilang yang berada dalam negeri Fasa 2 dan 3 PPN telahpun dibenarkan beroperasi di bawah syarat-syarat tertentu. Kini, kelonggaran sama dilanjutkan kepada negeri-negeri Fasa 1; kilang mereka boleh beroperasi hingga kapasiti penuh, bergantung kepada kadar vaksinasi seperti dinyatakan.

Setakat 14 Ogos 2021, sejumlah kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang sudah mencapai 64.7% kadar yang telah divaksin. Untuk itu, individu yang telah lengkap dua dos vaksin (dan lengkap 14 hari selepas dos kedua) boleh memanfaatkan kemudahan atau kelonggaran terbaru ini.

Selain Lembah Klang, negeri-negeri lain yang juga sudah melebihi kadar 50% pemvaksinan terhadap populasi dewasa termasuk Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan. Dalam kenyataan yang sama juga turut menjelaskan, perincian garis panduan bagi bagi kemudahan-kemudahan yang baru diumumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Hot-Wheels-Legends-Tour_BM_-e1628845474354-630x411

Hot Wheels Legends Tour Malaysia 2021 – pendaftaran sudah dibuka, hantar penyertaan sebelum 8 Sept ini

Selepas berjaya menganjurkannya buat pertama kali di Malaysia pada tahun lalu, Art of Speed Malaysia (AOS) sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan Hot Wheels Legends Tour untuk edisi 2021. Bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, sukacita dimaklumkan bahawa pendaftarannya sudah pun dibuka sekarang.

Bagi mereka yang masih belum mengetahui, Hot Wheels Legends Tour bukanlah pertandingan mengubahsuai kereta mainan die-cast 3-inci Hot Wheels. Sebaliknya ia adalah pertandingan custom kereta sebenar, di mana kereta yang diisytiharkan sebagai pemenang di peringkat dunia nanti akan diabadikan sebagai kereta Hot Wheels skala 1:64 dan akan dijual di pasaran global.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour 2021 peringkat Malaysia ini, anda boleh mendaftar secara online pada PAUTAN INI. Segala perkara yang diperlukan untuk pendaftaran berkenaan turut dijelaskan secara terperinci dalam laman berkenaan.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 September 2021. Jadi jika anda rasa kereta ubahsuai anda berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia, dan berpeluang untuk menjadi kereta mainan yang direbut oleh kanak-kanak (dan bapak budak) di rak-rak jualan Hot Wheels seluruh dunia, jangan malu jangan segan, daftar segera untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour 2021!

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
IMG_20210703_152523

Jika saya seorang peniaga,penjual pisang goreng, apa saya akan buat?

Abg lan, meniaga rojak tepi jalan sahaja.

Jika saya seorang penjual pisang goreng, apa saya akan buat?

1.Daftar syarikat enterprise RM70

2.Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi.
Jika buka di Bank Islam, tak perlu referral standby deposit RM1000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat.
Lepas akaun berjaya dibuka, RM1000 boleh bawa keluar 100%.
Akaun semasa ni, tak sama dengan akaun simpanan kena tinggal RM1 lah, RM20 lah ada yang RM50 pun ada.
Akaun semasa boleh guna hingga baki tinggal RM0.00

3.Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut katakan RM5000

4.Setiap kali nak beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni.
Contoh modal untuk buka kedai harian RM200, pastikan resit pembelian disimpan dan ada rekod RM200 dikeluarkan dalam akaun bisnes tersebut.

5.Hasil jualan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tersebut.
Setkan masa tutup akaun pukul 3petang contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil jualan harian.
Untuk hasil jualan selepas pukul 3petang masuk dalam hasil jualan esok pula.

6.Jika ada pekerja harian, lagi cantik setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja tersebut.
Kenapa online transfer?Sebab mudah nak trace transaksi masa nak buat penyata untung rugi bila hujung tahun.
Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lebih mudah kerana boleh rekodkan terus di reference semasa nak lakukan transaksi secara online.

7.Untuk kegunaan tuan punya kedai samada nak guna buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes dan letakkan reference sebagai “ambilan”.

8.Untuk sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak pergi dan balik semasa buka dan tutup kedai atau membeli barang boleh claim dari akaun bisnes juga.
Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan.
Senang cerita jika kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tak dikenakan cukai kerana keuntungan bersihnya yang tidak capai minimum yang dikenakan cukai.

9.Cukup setahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi.

10.Declare income tax, kalau tak pandai minta jer akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu.
Nanti akauntan akan interview lah berkenaan dengan perkara yang membolehkan dapat pelepasan dan rebate tahun itu.

11.Jika ada dikenakan cukai, bayar terus dan fokus pula untuk akaun bagi tahun berikutnya.

*Resit isi minyak,beli pisang,tepung dan lain-lain simpan dalam satu file.Jika advance siket scan terus upload dalam google drive jika risau hilang entah ke mana nanti.

Ni apa yang akan saya buat, mungkin yang lebih pro lebih details step dan rekodnya.

Jika dah niaga 10tahun tak pernah buat, mulakan sahaja sekarang.

Mungkin step di atas tu tak berapa tepat, nanti tahun pertama pasti akauntan yang buat penyata untung rugi kita akan nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes kita.

Untung ke rugi kalau ikut step di atas?😁

Jika kita mampu beli rumah seawal usia menggunakan akaun bisnes secara loan kenapa nak tunggu dah berumur baru nak beli rumah secara tunai?

Silap-silap masa tu harga rumah pun dah double dari hasil simpanan bisnes kita.

Dah dapat loan awal, jika bisnes untung besar, setel awal loan siap dapat rebate lagi.😎

Boleh follow Nissan Kuala Terengganu untuk info bermanfaat yg lain Insyaallah.

Cnp cc:saharudin Yusof

Nissan Kuala Terengganu Mazani-0139900147 www.nissankt.com.myFB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganuIG: NissanKT www.instagram.com/nissanktTelegram: NissanKT https://t.me/nissanktTwitter: @nissanktrg

81529647621_LesenMemandu

JPJ extends validity for expiring licenses, number plates, Puspakom tests and tukar hak milik process

JPJ announced yesterday the extension of validity for a range of services and transactions that cannot be done from June 1 to July 31 due to the current movement control orders.

While counter services for all agencies under the transport ministry (JPJ, LPKP Sabah and Sarawak, APAD, Puspakom) have reopened since July 1 under government order, the services are only for transactions that cannot be done online, and with counter staff capacity not over 50%. No walk-ins – one has to make an appointment before heading there physically.

The road transport department says that to ensure that the delivery to the rakyat is not affected, the JPJ director-general has decided on this special extension. This means that one does not need to rush to make appointments.

For those who need to tukar hak milik, note that your Puspakom B5 report will be valid till September 30. That’s also the new extended date for B2, PG11A and PG13B reports. Commercial vehicles with scheduled inspection from June 1 to July 31 will be allowed to delay their trip to Puspakom, with exemption from saman.

More on the tukar hak milik process. JPJ’s MySikap system automatically blocks the transaction if the new owner does not present himself for biometric (thumbprint) confirmation within seven days after the existing owner has done his part. Now, new owners have till September 30 to complete the process.

In the number plate department, numbers expiring from June 1 to July 31 have their validity extended to September 30. There are also extensions for expiring rosak/binasa and hilang/curi number plates.

For driver licensing, CDL, GDL and PSV (competent, goods and public service vehicle licenses) get extensions till November 11, so holders won’t have to retake the test. This also applies to the switch from PDL to CDL and the renewal of learners driving license (LDL) – it’s now November 11. Expired international driving permit (IDP) holders have been given leeway until all forms of MCO have ended.

JPJ is advising the public to use online services and JPJ kiosks when possible, and not to rush to make appointments or obtain physical documents from its counters. This is to avoid overcrowding at the premises of JPJ and its partners, which might form Covid-19 clusters. Expired regular lesen and road tax? As announced earlier, you have till September 30, but make sure your vehicle has valid insurance cover.

Sumber: paultan.org
www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-10_BM-630x330

Nissan Navara Pro-4X Warrior dilancarkan di Australia – terima talaan suspensi dan kelengkapan lebih lasak

Seperti yang telah diumumkan bulan lalu, Nissan Australia telah pun melancarkan trak pikap istimewa untuk pasaran berkenaan, digelar sebagai Navara Pro-4X Warrior. Ini bukan model edisi isimewa dengan gimik kosmetik semata-mata, kerana ia dilengkapi dengan peralatan prestasi off-road yang serius!

Model ini dibangunkan bersama firma kejuruteraan Australia, Premcar, yang sebelum ini turut terlibat dalam pembangunan Navara N-Trek Warrior untuk generasi sebelumnya. Model ini menerima pelbagai modifikasi bagi menjadikan ia sebuah jentera off-road yang boleh beraksi di laluan lasak, dan disifatkan “dihasilkan khas untuk Australia serta keadaan di Australia.”

“Kami bertekad untuk menghasilkan Navara paling lasak di dunia, dan itu yang telah kami capai dengan Warrior baru ini. Ia perlu menjadi kenderaan yang pelanggan akan menikmatinya sama ada atas atau di luar jalan raya, memberikan keselesaan dan kemampuan tidak kira apa juga keadaan, sambil mempertingkatkan ketahanan Navara, dan menambahbaik kelasakannya untuk ke mana sahaja. Hasilnya adalah Warrior yang lebih kuat, lebih selamat dan lebih pintar, tetapi tidak kurang dari segi praktikal dan berkebolehan,” kata Bernie Quinn, pengarah di Premcar Engineering.

Warrior diasaskan dari Navara Pro-4X sedia ada dan masih mengekalkan enjin diesel empat-silinder 2.3 liter turbo berkembar yang menghasilkan 189 PS (187 hp) dan tork maksima 450 Nm. Walau bagaimanapun, enjin berkenaan adalah berbeza dengan Navara Pro-4X pasaran Malaysia yang dijana enjin diesel 2.5 liter empat silinder turbo berkuasa 190 PS (187 hp) dan 450 Nm.

Walaupun masih mengekalkan enjin asal, model Warrior ini menerima perubahan yang signifikant pada casis. Jarak kelegaan tanah meningkat 40 mm kepada 260 mm, membolehkan sudut approch meningkat kepada 36 darjah dari 32 darjah, serta sudut berlepas meningkat kepada 19.8 darjah dari 19 darjah.

Bampar hadapan digantikan dengan bull bar warna badan bersepadu dengan bar lampu LED, serta bersedia untuk dipasangkan dengan winch. Ia turut disertakan dengan plat bash berwarna merah, bersama pelindung bawah badan peringkat kedua dengan logam 3 mm yang turut menerima kemasan berwarna merah.

Suspensi model istimewa ini juga telah ditala semula yang bukan sahaja meninggikan lagi badan trak pikap ini, malah ia turut memberikan keselesaan serta pengendalian lebih baik tidak kira pada laluan atas jalan raya atau off-road. Perubahan yang dibuat termasuk menggunakan spring baharu yang memberikan lebih sokongan di hadapan serta kurang olengan badan, manakala penyerap hadapan ditala bagi memberikan serapan kelajuan rendah bagi meningkatkan isolasi jalan raya dan keselesaan.

Suspensi berkenaan juga diberikan kadar lantunan dan tekanan kelajuan tinggi yang dipertingkatkan – 50% di hadapan dan 100% di belakang – bagi memberikan kawalan roda lebih baik serta mengelakkan hentaman atas dan bawah ketika dikenakan impak yang besar.

Penyerap hentak belakang pula ditala bagi mendapatkan kawalan kelajuan rendah dengan dikeraskan lagi untuk mengurangkan kesan terapung ketika menunda dan membawa beban pada bed. Kadar serapan lantunan di belakang turut dipertingkat lebih dari 50% bagi meningkatkan kestabilan pengendalian, bersama serapan tekanan turut ditambahbaik.

Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-36_BM
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-23_BM
Nissan-Navara-Pro-4X-Warrior-Australia-launch-50_BM

Jounce bumper pada suspensi Warrior ini turut menerima ubahsuai. Ia kini bukan sahaja lebih besar dan lebih tinggi, tetapi juga berhubung dengan rel casis lebih cepat ketika suspensi bergerak turun dan naik. Ini membolehkan ia memberikan kadar lebih progresif mengawal pergerakan roda ketika suspensi bergerak pada kadar paling tinggi.

Navara Pro-4X Warrior ini turut menerima rim 17-inci baharu yang dibaluti tayar All-Terrain Cooper Discoverer AT3 bersaiz 275/70R17. Dengan set roda yang lebih lebar ini, ia turut diberikan fender flare pada setiap ruang roda menjadikan trek keseluruhannya 30 mm lebih lebar.

Menurut Nissan, tayar yang lebih lasak berkenaan menawarkan bunga tayar yang lebih dalam, di mana ia sangat berguna dalam laluan off-road dalam masa yang sama tidak menghasilkan bunyi yang kuat di atas jalan raya. Tambahan lain termasuk pakej pelekat badan Warrior, bar tunda yang diubahsuai dan juga sulaman pada perehat kepala tempat duduk.

     

     

Sumber:paultan.org

www.nissankt.com.my
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
IG: NissanKT www.instagram.com/nissankt
Telegram: NissanKT https://t.me/nissankt
Shopping Basket