Selepas berjaya menganjurkannya buat pertama kali di Malaysia pada tahun lalu, Art of Speed Malaysia (AOS) sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan Hot Wheels Legends Tour untuk edisi 2021. Bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, sukacita dimaklumkan bahawa pendaftarannya sudah pun dibuka sekarang.
Bagi mereka yang masih belum mengetahui, Hot Wheels Legends Tour bukanlah pertandingan mengubahsuai kereta mainan die-cast 3-inci Hot Wheels. Sebaliknya ia adalah pertandingan custom kereta sebenar, di mana kereta yang diisytiharkan sebagai pemenang di peringkat dunia nanti akan diabadikan sebagai kereta Hot Wheels skala 1:64 dan akan dijual di pasaran global.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour 2021 peringkat Malaysia ini, anda boleh mendaftar secara online pada PAUTAN INI. Segala perkara yang diperlukan untuk pendaftaran berkenaan turut dijelaskan secara terperinci dalam laman berkenaan.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 September 2021. Jadi jika anda rasa kereta ubahsuai anda berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia, dan berpeluang untuk menjadi kereta mainan yang direbut oleh kanak-kanak (dan bapak budak) di rak-rak jualan Hot Wheels seluruh dunia, jangan malu jangan segan, daftar segera untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour 2021!
Jika saya seorang penjual pisang goreng, apa saya akan buat?
1.Daftar syarikat enterprise RM70
2.Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi. Jika buka di Bank Islam, tak perlu referral standby deposit RM1000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat. Lepas akaun berjaya dibuka, RM1000 boleh bawa keluar 100%. Akaun semasa ni, tak sama dengan akaun simpanan kena tinggal RM1 lah, RM20 lah ada yang RM50 pun ada. Akaun semasa boleh guna hingga baki tinggal RM0.00
3.Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut katakan RM5000
4.Setiap kali nak beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni. Contoh modal untuk buka kedai harian RM200, pastikan resit pembelian disimpan dan ada rekod RM200 dikeluarkan dalam akaun bisnes tersebut.
5.Hasil jualan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tersebut. Setkan masa tutup akaun pukul 3petang contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil jualan harian. Untuk hasil jualan selepas pukul 3petang masuk dalam hasil jualan esok pula.
6.Jika ada pekerja harian, lagi cantik setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja tersebut. Kenapa online transfer?Sebab mudah nak trace transaksi masa nak buat penyata untung rugi bila hujung tahun. Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lebih mudah kerana boleh rekodkan terus di reference semasa nak lakukan transaksi secara online.
7.Untuk kegunaan tuan punya kedai samada nak guna buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes dan letakkan reference sebagai “ambilan”.
8.Untuk sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak pergi dan balik semasa buka dan tutup kedai atau membeli barang boleh claim dari akaun bisnes juga. Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan. Senang cerita jika kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tak dikenakan cukai kerana keuntungan bersihnya yang tidak capai minimum yang dikenakan cukai.
9.Cukup setahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi.
10.Declare income tax, kalau tak pandai minta jer akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu. Nanti akauntan akan interview lah berkenaan dengan perkara yang membolehkan dapat pelepasan dan rebate tahun itu.
11.Jika ada dikenakan cukai, bayar terus dan fokus pula untuk akaun bagi tahun berikutnya.
*Resit isi minyak,beli pisang,tepung dan lain-lain simpan dalam satu file.Jika advance siket scan terus upload dalam google drive jika risau hilang entah ke mana nanti.
Ni apa yang akan saya buat, mungkin yang lebih pro lebih details step dan rekodnya.
Jika dah niaga 10tahun tak pernah buat, mulakan sahaja sekarang.
Mungkin step di atas tu tak berapa tepat, nanti tahun pertama pasti akauntan yang buat penyata untung rugi kita akan nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes kita.
Untung ke rugi kalau ikut step di atas?😁
Jika kita mampu beli rumah seawal usia menggunakan akaun bisnes secara loan kenapa nak tunggu dah berumur baru nak beli rumah secara tunai?
Silap-silap masa tu harga rumah pun dah double dari hasil simpanan bisnes kita.
Dah dapat loan awal, jika bisnes untung besar, setel awal loan siap dapat rebate lagi.😎
Boleh follow Nissan Kuala Terengganu untuk info bermanfaat yg lain Insyaallah.
Cnp cc:saharudin Yusof
Nissan Kuala Terengganu Mazani-0139900147 www.nissankt.com.myFB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganuIG: NissanKT www.instagram.com/nissanktTelegram: NissanKT https://t.me/nissanktTwitter: @nissanktrg
JPJ announced yesterday the extension of validity for a range of services and transactions that cannot be done from June 1 to July 31 due to the current movement control orders.
While counter services for all agencies under the transport ministry (JPJ, LPKP Sabah and Sarawak, APAD, Puspakom) have reopened since July 1 under government order, the services are only for transactions that cannot be done online, and with counter staff capacity not over 50%. No walk-ins – one has to make an appointment before heading there physically.
The road transport department says that to ensure that the delivery to the rakyat is not affected, the JPJ director-general has decided on this special extension. This means that one does not need to rush to make appointments.
For those who need to tukar hak milik, note that your Puspakom B5 report will be valid till September 30. That’s also the new extended date for B2, PG11A and PG13B reports. Commercial vehicles with scheduled inspection from June 1 to July 31 will be allowed to delay their trip to Puspakom, with exemption from saman.
More on the tukar hak milik process. JPJ’s MySikap system automatically blocks the transaction if the new owner does not present himself for biometric (thumbprint) confirmation within seven days after the existing owner has done his part. Now, new owners have till September 30 to complete the process.
In the number plate department, numbers expiring from June 1 to July 31 have their validity extended to September 30. There are also extensions for expiring rosak/binasa and hilang/curi number plates.
For driver licensing, CDL, GDL and PSV (competent, goods and public service vehicle licenses) get extensions till November 11, so holders won’t have to retake the test. This also applies to the switch from PDL to CDL and the renewal of learners driving license (LDL) – it’s now November 11. Expired international driving permit (IDP) holders have been given leeway until all forms of MCO have ended.
JPJ is advising the public to use online services and JPJ kiosks when possible, and not to rush to make appointments or obtain physical documents from its counters. This is to avoid overcrowding at the premises of JPJ and its partners, which might form Covid-19 clusters. Expired regular lesen and road tax? As announced earlier, you have till September 30, but make sure your vehicle has valid insurance cover.
Seperti yang telah diumumkan bulan lalu, Nissan Australia telah pun melancarkan trak pikap istimewa untuk pasaran berkenaan, digelar sebagai Navara Pro-4X Warrior. Ini bukan model edisi isimewa dengan gimik kosmetik semata-mata, kerana ia dilengkapi dengan peralatan prestasi off-road yang serius!
Model ini dibangunkan bersama firma kejuruteraan Australia, Premcar, yang sebelum ini turut terlibat dalam pembangunan Navara N-Trek Warrior untuk generasi sebelumnya. Model ini menerima pelbagai modifikasi bagi menjadikan ia sebuah jentera off-road yang boleh beraksi di laluan lasak, dan disifatkan “dihasilkan khas untuk Australia serta keadaan di Australia.”
“Kami bertekad untuk menghasilkan Navara paling lasak di dunia, dan itu yang telah kami capai dengan Warrior baru ini. Ia perlu menjadi kenderaan yang pelanggan akan menikmatinya sama ada atas atau di luar jalan raya, memberikan keselesaan dan kemampuan tidak kira apa juga keadaan, sambil mempertingkatkan ketahanan Navara, dan menambahbaik kelasakannya untuk ke mana sahaja. Hasilnya adalah Warrior yang lebih kuat, lebih selamat dan lebih pintar, tetapi tidak kurang dari segi praktikal dan berkebolehan,” kata Bernie Quinn, pengarah di Premcar Engineering.
Warrior diasaskan dari Navara Pro-4X sedia ada dan masih mengekalkan enjin diesel empat-silinder 2.3 liter turbo berkembar yang menghasilkan 189 PS (187 hp) dan tork maksima 450 Nm. Walau bagaimanapun, enjin berkenaan adalah berbeza dengan Navara Pro-4X pasaran Malaysia yang dijana enjin diesel 2.5 liter empat silinder turbo berkuasa 190 PS (187 hp) dan 450 Nm.
Walaupun masih mengekalkan enjin asal, model Warrior ini menerima perubahan yang signifikant pada casis. Jarak kelegaan tanah meningkat 40 mm kepada 260 mm, membolehkan sudut approch meningkat kepada 36 darjah dari 32 darjah, serta sudut berlepas meningkat kepada 19.8 darjah dari 19 darjah.
Bampar hadapan digantikan dengan bull bar warna badan bersepadu dengan bar lampu LED, serta bersedia untuk dipasangkan dengan winch. Ia turut disertakan dengan plat bash berwarna merah, bersama pelindung bawah badan peringkat kedua dengan logam 3 mm yang turut menerima kemasan berwarna merah.
Suspensi model istimewa ini juga telah ditala semula yang bukan sahaja meninggikan lagi badan trak pikap ini, malah ia turut memberikan keselesaan serta pengendalian lebih baik tidak kira pada laluan atas jalan raya atau off-road. Perubahan yang dibuat termasuk menggunakan spring baharu yang memberikan lebih sokongan di hadapan serta kurang olengan badan, manakala penyerap hadapan ditala bagi memberikan serapan kelajuan rendah bagi meningkatkan isolasi jalan raya dan keselesaan.
Suspensi berkenaan juga diberikan kadar lantunan dan tekanan kelajuan tinggi yang dipertingkatkan – 50% di hadapan dan 100% di belakang – bagi memberikan kawalan roda lebih baik serta mengelakkan hentaman atas dan bawah ketika dikenakan impak yang besar.
Penyerap hentak belakang pula ditala bagi mendapatkan kawalan kelajuan rendah dengan dikeraskan lagi untuk mengurangkan kesan terapung ketika menunda dan membawa beban pada bed. Kadar serapan lantunan di belakang turut dipertingkat lebih dari 50% bagi meningkatkan kestabilan pengendalian, bersama serapan tekanan turut ditambahbaik.
Jounce bumper pada suspensi Warrior ini turut menerima ubahsuai. Ia kini bukan sahaja lebih besar dan lebih tinggi, tetapi juga berhubung dengan rel casis lebih cepat ketika suspensi bergerak turun dan naik. Ini membolehkan ia memberikan kadar lebih progresif mengawal pergerakan roda ketika suspensi bergerak pada kadar paling tinggi.
Navara Pro-4X Warrior ini turut menerima rim 17-inci baharu yang dibaluti tayar All-Terrain Cooper Discoverer AT3 bersaiz 275/70R17. Dengan set roda yang lebih lebar ini, ia turut diberikan fender flare pada setiap ruang roda menjadikan trek keseluruhannya 30 mm lebih lebar.
Menurut Nissan, tayar yang lebih lasak berkenaan menawarkan bunga tayar yang lebih dalam, di mana ia sangat berguna dalam laluan off-road dalam masa yang sama tidak menghasilkan bunyi yang kuat di atas jalan raya. Tambahan lain termasuk pakej pelekat badan Warrior, bar tunda yang diubahsuai dan juga sulaman pada perehat kepala tempat duduk.
Nissan has launched the new Note Aura in Japan, which is a slightly redesigned version of the third-generation Note that made its debut last November. The model is set to go on sale in the country this autumn, and will be offered in front- and all-wheel drive configurations.
According to the Japanese carmaker, the Aura inherits the comfort, powertrain and advanced safety technologies of the Note e-Power that is already available in Japan, but with “added premium furnishings and system enhancements.”
The exterior revisions begin at the front, where the Aura gets slimmer headlamps that are clearly inspired by the Ariya all-electric SUV. The clusters retain their four-element LED setup and continue to be linked by a black bar at the top of the grille, but their new shape creates a more seamless look compared to the regular Note.
On the mention of the grille, there’s also a new diamond-shaped pattern for the insert, while LED light strips, which act as daytime running lights, are seen along the sides. The latter ends at the middle point of the grille, after which black trim pieces continue the line towards the bottom.
Elsewhere, more pronounced side vents have been sculpted on the front bumper, while the lower intake has been reshaped and feature chrome garnish around the fog lamps. Along the sides, the Aura doesn’t differ much from a regular Note, but it does get some snazzy 17-inch aluminium wheels with resin inserts in a gunmetal finish.
While not immediately obvious, the Aura is actually 1,735 mm wide, which is 40 mm more than the standard Note. The new front bumper, along with a wider rear fender and bumper, contributes to the increase width to convey a wider stance and low centre of gravity, the company says. That’s not all, as the LED taillights are now linked by an illuminated light bar.
To go along with the tweaked exterior, the Aura comes in 14 body colour variations, including five two-tone combinations and nine monotone options. Some of the two-tone options are pictured here, including Garnet Red with Super Black, as well as Midnight Black with Sunrise Copper.
Nissan Note Aura (left), Note (right)
Moving inside, wood-grain trim adorns various parts of the cabin, including the lower instrument panel and centre console, while the door trims, front armrests and instrument panel get a tweed-like fabric overlay. The standard Zero Gravity seats in lower-end variants will get Herringbone-patterned, tweed-like fabric and synthetic leather upholstery, while costlier models are trimmed in genuine leather with a pleated design.
The “haute couture” interior is joined by a 12.3-inch digital instrument cluster and a nine-inch touchscreen infotainment system, which are items that the normal Note already gets. Available as an option is a Bose Personal Plus sound system that adds speakers into the front passenger headrests to provide a “premium acoustic experience.” Nissan also says that additional noise dampening in the roof, doors and front door glass help to improve NVH.
The Aura comes in either G or G Four form, with each available as a “leather edition” that gets the fancier upholstery mentioned earlier. The G receives the same front-wheel drive e-Power setup as the Note, which consists of an EM47 front electric motor rated at 136 PS (134 hp) or 100 kW) and 300 Nm of torque.
Meanwhile, the G Four gets an all-wheel drive setup that keeps the EM47, but adds on a MM48 electric motor at the rear that provides 68 PS and 100 Nm. In Nissan’s e-Power system, the car is driven strictly by electricity, although there is still an internal combustion engine to charge the lithium-ion battery that powers the electric motor(s). Both front- and all-wheel drive setups feature a HR12DE 1.2 litre three-cylinder petrol engine that makes 82 PS (80 hp) and 103 Nm.
In terms of pricing, the Aura G goes for 2,610,300 yen (RM97,590) inclusive of consumption tax, while the “leather edition” retails at 2,699,400 yen (RM100,921). Stepping up to the G Four, the price goes up to 2,868,800 yen (RM107,255) and adding on the premium leather bits brings the total to 2,957,900 yen (RM110,582).
For the sake of comparison, the range-topping, all-wheel drive X Four variant of the regular Note retails for 2,445,300 yen (RM91,417), so the Aura commands quite a premium for all its additional premium goodies.
Memeriksa kondisi tayar patut dijadikan amalan kerana supaya kita lebih peka dan peduli dengan keselamatan sebelum memulakan sebarang pemanduan.
Kami akan kongsikan serba sediri beberapa tip memeriksa tayar kereta:
1. Tekanan Angin
Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jangan lupa periksa juga angin tayar simpanan (jika ada).
Boleh guna tolok tekanan udara. Alat ini boleh dibeli secara atas talian seperti Shopee. Ada banyak jenis boleh dipilih pada harga serendah di bawah RM20.
Setiap kereta ada ditampalkan maklumat kadar tekanan angin tayar mengikut rekomen pengeluar, iaitu pada frem pintu. Sekarang cepat buka pintu dan cuba cari.
2. Penjajaran Roda
Roda perlu dijajarkan (alignment) untuk mengelak bunga tayar cepat haus atau berlaku kehausan tidak sekata. Lakukan penjajaran setiap kali kereta dipandu lebih 5,000km atau 8,000km.
Jika penjajaran ‘lari’, kita boleh rasa perbezaan ketika memandu lurus. Kereta akan rasa terpesong ke sisi atau stereng nampak senget. Jika ya, perhatikan tebal bunga untuk memastikan tayar masih selamat digunakan. Mungkin juga tayar rosak.
3. Bunga Tayar
Ada beberapa cara mengukur tahap ketebalan bunga tayar. Antaranya menggunakan syiling tetapi tidak disarankan kerana tiada maklumat jelas mengenai tahap ketebalan dalam milimeter.
Sebenarnya ada alat khas untuk ukur ketebalan bunga tayar yang boleh dibeli secara atas talian. Foto di bawah ini adalah contoh alat ukur bunga tayar yang mudah digunakan.
Pemeriksaan perlu dibuat pada beberapa bahagian permukaan setiap roda dan bukan cuma ukur pada satu-satu tempat saja.
APA PUNCA TAYAR CEPAT HAUS?
Ada banyak faktor tayar haus, antaranya tekanan angin tayar mungkin terlalu kurang atau terlebih. Permukaan tayar lebih mudah haus secara tidak sekata jika penjajaran roda tidak seimbang.
Ada juga faktor lain seperti jenis kompaun, cuaca panas, permukaan jalan dan teknik pemanduan agresif.
BERAPA TAHAP MINIMUM TEBAL BUNGA TAYAR?
Secara purata, ketebalan tayar baharu kereta biasa ialah 8mm, bukan jenis bunga tebal seperti digunakan kenderaan lasak seperti jip atau trak pikap.
Jika tebal bunga tayar tinggal 3mm, itu tandanya kita perlu tukar tayar baharu. Jika tebal bunga tayar 1.5mm, itu menandakan sudah haus dan berbahaya kerana boleh menyebabkan kereta hilang cengkaman serta mudah terbabas ketika memandu atas permukaan jalan basah atau licin.
Setiap milimeter (mm) bunga tayar yang susut bermakna prestasi tayar juga merosot. Tayar tidak lagi mampu menyah keluar air dengan baik, manakala cengkaman atas tar semakin menyusut. Keupayaan membrek jarak dekat juga tidak lagi sehebat tayar bunga tebal.
Sebagai contoh, jika memandu 80kmj, kereta dengan tayar baharu dapat berhenti dalam jarak 100 meter. Namun, jika bunga tayar nipis, kereta mungkin memerlukan jarak 120 meter untuk berhenti sepenuhnya. Bayangkan bunga tayar setebal 1.5mm, jarak henti meningkat kepada kira-kira 140 meter atau lebih.
APAKAH FUNGSI BUNGA TAYAR?
Corak dan alur tayar membolehkan kereta mendapatkan traksi apabila memandu atas permukaan jalan kering dan membantu menyisihkan air di jalan basah supaya dapat cengkaman sebaik mungkin.
Tayar baharu mampu menyisihkan kira-kira 15 liter air per saat dari alur. Tayar jentera lumba Formula Satu (F1) pula mampu menyingkirkan sekurang-kurangnya 60 liter air per saat.
Semakin haus bunga tayar, semakin lemah ia menyisihkan air, sekali gus berisiko menyebabkan kereta tergelincir dan hilang kawalan apabila terlanggar atau meredah lopak air. Inilah punca banyak kereta terbabas ketika hujan.
APAKAH INDIKATOR TEBAL BUNGA TAYAR?
Benjolan getah kecil (tread depth indicator) berfungsi menunjukkan kondisi dan tahap kehausan tayar. Ini petunjuk awal paling mudah untuk memeriksa kondisi tayar kereta.
Cara periksa, jika benjolan kecil itu sama atau selari bunga tayar, itu menandakan anda perlu tukar tayar baharu.
The third-generation Nissan Qashqai made its formal debut earlier this year, continuing the model’s highly successful run in Europe. During the unveiling, we learned that the popular compact crossover can be had with 20-inch wheels for the first time, and here we get to see what they look like on the Ceramic Grey variant. Pretty handsome, right?
It is the first European Nissan model to be built on the Common Modular Platform (CMF-C), which also underpins the latest X-Trail. Powering it is a 1.3 litre turbocharged four-cylinder engine shared with the W177 Mercedes-Benz A 200, albeit electrified with a 12-volt mild-hybrid system. It provides some additional torque upon acceleration and can also coast to a stop from 18 km/h when paired to the Xtronic CVT. A six-speed manual is also available.
The engine has outputs of either 138 hp/240 Nm or 156 hp/260 Nm – the latter is the only option for the CVT, which boosts peak torque to 270 Nm. The CVT version is also the only one offered with an all-wheel drive option, now made more intuitive, intelligent and gets five drive modes – Standard, Eco, Sport, Snow and Off-Road – as standard.
The Qashqai will also be available with Nissan’s e-Power electric powertrain in Europe for the first tine. It shares the same electric motor as the Note and Kicks, but upgraded to produce 140 kW (190 PS) and 330 Nm. The petrol generator is also bigger, now a 1.5 litre variable-compression engine that produces 154 hp.
Design-wise, the Qashqai is all sharp lines and angles, slim LED headlights and tail lights, blacked out D-pillars, and chiseled fenders. The tidy cabin gives the car a contemporary feel, accentuated with a freestanding touchscreen display that offers Apple CarPlay and Android Auto functionalities.
Thanks to the new platform, the crossover is more spacious inside. Rear knee room has grown by 28 mm to 608 mm, while headroom has increased by 15 mm. The boot is also 50 litres larger (due to the lower cargo floor and redesigned suspension) and can be accessed using a new powered hands-free tailgate. The door apertures are reshaped and open up to an impressive 90 degrees, making entry/egress and the installation of child seats much less restrictive.
Nissan telah mengesahkan bahawa model generasi baharu kereta sport Z mereka bakal membuat kemunculan sulungnya di New York, Amerika Syarikat pada 17 Ogos akan datang. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat baharu mahupun imej teaser disiarkan untuk kali ini.
Model prototaip Z generasi ketujuh berkenaan telah pun didedahkan pada September tahun lalu, digelar sebagai Nissan Z Proto. Ia menampilkan rupa klasik dengan banyak perincian dari model generasi pertama Datsun 240Z S30Z terutamanya pada bahagian muka dan bayangan sisi badan, manakala lampu belakangnya pula diinspirasikan dari model generasi keempat Nissan 300ZX Z32.
Pengaruh S30Z turut banyak dibawa ke bahagian kabin dengan diberikan meter ‘tiga beradik’ pada bahagian tengah papan pemuka, serta menampilkan paparan instrumen utama digital dan juga tuil brek tangan manual.
Gambar Nissan Z generasi baharu versi produksi yang bocor
Menurut Presiden Nissan, Makoto Uchida, rupa yang ditampilkan pada Z Proto tersebut adalah sangat hampir pada bentuk produksi. Dan apa yang diperkatakan berkenaan terbukti benar apabila gambar model produksi sebenar Nissan Z generasi baharu tersebut bocor di internet Mac lalu, yang menyaksikan hanya sedikit perincian kecil yang berbeza.
Ketika pendedahan Z Proto tahun lalu juga Nissan telah mengesahkan bahawa model generasi baharu ini akan dijana oleh enjin V6 Twin Turbo, dan ia juga ditawarkan dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan, serta memacu hanya roda belakang.
Menerusi pelbagai laporan media sebelum ini, Nissan Z generasi baharu ini dijangkan akan digelar 400Z, dihasilkan menggunakan platform FM (asas yang sama seperti Infiniti Q60 Coupé) yang diolah semula, dan oleh itu ia mungkin akan dijana oleh enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo. Manakala dalam permainan video simulator pemanduan Project Cars 3, spesifikasi Nissan Z Proto tersebut mencatatkan bahawa enjin berkenaan menghasilkan kuasa 450 PS, dengan berat badan hanya 1,475 kg.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan kompaun saman trafik bermula 18 Jun ini sehingga 18 Julai 2021 dengan diskaun sehingga 50%. Ia adalah melibatkan saman terpilih yang boleh dikompaunkan termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.
“
Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021 (seperti tidak patuhi lampu isyarat merah, potong secara berbahaya dan terlibat dengan kemalangan), kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan ubahsuai ekzos,” ujar Dato’ Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Tambah Azisman lagi, sepanjang kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontijen dan ibu pejabat polis daerah ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Diharap pengurangan kompaun saman ini dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi yang sukar disebabkan pandemik COVID-19,” sambung Azisman.
Justeru, untuk membayar saman terpilih berkenaan, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayarsaman@rmp.gov.my. Atau pun muat turun aplikasi MyBayar Saman menerusi Google Playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.
Untuk menggunakan MyBayar Saman, anda hanya perlu melayari portal atau memuat turun aplikasi tersebut menerusi telefon bimbit. Menerusi pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesapan OTP dan login masuk portal/aplikasi berkenaan. Kemudian, log in aplikasi/portal terbabit dan memilih saman yang hendak dibayar.
Anda boleh memilih mod pembayaran (FPX atau kad kredit/debit) dan aplikasi/portal berkenaan akan merekodkan semua mod transaksi anda.
Hampir setahun selepas Nissan Rogue diperkenalkan di Amerika Syarikat, SUV famili saiz sederhana itu akhirnya memakai lencana X-Trail. Model generasi ke-empat ini telah pun diperkenalkan dalam pertunjukan automotif Auto Shanghai yang sedang berlangsung.
Walau bagaimana pun, ada perbezaan di bawah bonetnya, di mana X-Trail untuk pasaran China diberikan enjin baharu 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder bagi menggantikan unit 2.5 naturally-aspirated. Ini merupakan penjana kuasa yang pertama di China yang juga menggunakan teknologi variable compression (VC-Turbo) untuk memberikan prestasi yang tinggi dan penggunaan bahan api yang rendah – yang pertama kali digunakan untuk enjin 2.0 liter bagi model Nissan dan Infiniti di USA.
Enjin tersebut mampu menghasilkan 204 PS dan tork 300 Nm (dengan lencana VC-Turbo 300) dan dipadankan dengan Xtronic CVT yang dipertingkatkan bersama nisbah yang lebih lebar dan kapasiti tork lebih tinggi, serta sistem pacuan semua-roda 4×4-i generasi-kedua. Penggunaan bahan api dianggarkan sekitar 5.8 liter bagi setiap 100 km.
Selain itu, X-Trail membawakan penggayaan Rogue, termasuklah gril V-motion yang besar, lampu utama LED terpisah, lampu belakang yang nipis, dan rekaan “bumbung terapung”. Di dalamnya, ia menampilkan rekaan papan pemuka melintang, konsol tengah yang lebar dan rendah dan tuil gear elektronik, serta paparan instrumen digital 12.3-inci dan paparan utama 10.8-inci.
Malahan, pembeli di China juga menerima skrin sesentuh infotainmen 12.3-inci yang besar berbanding paparan NissanConnect sembilan-inci di USA. Nissan juga telah mempertingkatkan fungsi pemanduan semi-autonomous ProPilot, kawalan suhu automatik tiga-zon dan penyingkiran bunyi bising aktif.
X-Trail ini akan dijual di China pada separuh kedua tahun ini. Nissan juga telah mengumumkan model ini akan dijual di Eropah, tetapi ia akan tiba di benua berkenana pada musim panas 2022.
Walau pun terpaksa menunggu agak lama, pembeli di Eropah bakal menerima penjana kuasa elektrik e-Power. Namun buat masa ini, perinciannya masih belum didedahkan, tetapi mungkin sama dengan sistem yang terdapat pada Qashqai baharu, yang menampilkan motor elektrik berkapasiti 140 kW (190 PS) dan enjin 1.5 liter dengan hamburan 156 PS untuk mengecas bateri. Sistem pacuan-semua roda juga bakal ditampilkan.