Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) mengumumkan bahawa tempahan Nissan Serena S-Hybridgenerasi kelima serba baharu kini sudah dibuka. Malah MPV baharu ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2018.
Difahamkan, bahagian mekanikal untuk Serena baharu ini tiada perubahan berbanding model terdahulu. Ia masih mengekalkan enjin 2.0 liter (MR20DD) CVTC Berkembar (Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar) dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT dan Kawalan Syif Adaptif (ASC).