Sekarang semua benda boleh buat online, termasuk lah dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Boleh sambung cukai jalan, lesen dan sebagainya. Dengan sistem terbaru dari JPJ, sekarang sudah boleh Bid/Tender no plate pilihan secara online, tidak seperti dahulu kena pergi ke JPJ isi borang tender dan tunggu sehingga 2,3minggu.
Ini cara-cara untuk bid no pendaftaran JPJ step by step:
Sedikit tips dan tricks, masukkan minimum amaun untuk harga bid utk dapatkan harga paling rendah dan jangan sesekali masuk lump sum. Dan kalau boleh gunakan kad kredit dan bukan debit sebab kadang-kadang ada issue lambat nak proses untuk buat bayaran online.
Setelah beberapa pemain utama sektor automotif tempatan menyuarakan gesaan terhadap kerajaan agar membenarkan sektor berkenaan memulakan semula operasi dalam masa terdekat, kerajaan dalam satu kenyataan yang baru dikeluarkan akhirnya bersetuju untuk memberikan kelonggaran itu, termasuk bagi negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.
Bermula Isnin, 16 Ogos 2021, beberapa sektor berkaitan automotif seperti pengilangan/pembuatan, pusat pengedaran dan bilik pameran serta pusat cuci kenderaan dibenarkan untuk beroperasi semula. Tetapi, ada syarat atau SOP baru yang perlu dipatuhi â bagi kunjungan ke bilik pameran misalnya, hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin (dan selepas 14 hari bagi dos kedua) sahaja yang boleh berkunjung secara fizikal ke premis.
Satu lagi syarat yang ditetapkan kerajaan berkaitan vaksin ini untuk kelonggaran terbaru ini adalah, ia hanya diberikan kepada negeri yang sudah menyaksikan lebih 50% populasi dewasa mereka telah selesai menerima suntikan vaksin tersebut. Ini bermakna, Selangor dan juga Kuala Lumpur (yang menjadi negeri utama lokasi kilang-kilang automotif di Malaysia) akan termasuk dalam senarai ini dan boleh beroperasi.
Sebelum ini, beberapa kilang yang berada dalam negeri Fasa 2 dan 3 PPN telahpun dibenarkan beroperasi di bawah syarat-syarat tertentu. Kini, kelonggaran sama dilanjutkan kepada negeri-negeri Fasa 1; kilang mereka boleh beroperasi hingga kapasiti penuh, bergantung kepada kadar vaksinasi seperti dinyatakan.
Setakat 14 Ogos 2021, sejumlah kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang sudah mencapai 64.7% kadar yang telah divaksin. Untuk itu, individu yang telah lengkap dua dos vaksin (dan lengkap 14 hari selepas dos kedua) boleh memanfaatkan kemudahan atau kelonggaran terbaru ini.
Selain Lembah Klang, negeri-negeri lain yang juga sudah melebihi kadar 50% pemvaksinan terhadap populasi dewasa termasuk Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan. Dalam kenyataan yang sama juga turut menjelaskan, perincian garis panduan bagi bagi kemudahan-kemudahan yang baru diumumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam masa terdekat.