Rebat PLUSMiles dan Touch ‘n Go 50% bagi pengguna kereta pada musim cuti Tahun Baru Cina – PLUS

Sebagai langkah untuk menyuraikan trafik dan menggalakkan orang ramai merancang perjalanan balik kampung ketika musim cuti sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, PLUS Berhad bakal memberikan rebat tol sebanyak 50% bagi pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membayar tol secara elektronik untuk perjalanan selepas tengah malam di dua rangkaian lebuh rayanya.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail, rebat berkenaan akan diberi kepada penguna rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di antara jam 12 malam hingga 6 pagi pada 27 Januari, 30 Januari, 3 Februari dan 4 Februari ini.

Pada hari-hari yang dinyatakan, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa, tetapi rebat tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka dalam bentuk Tambah Nilai apabila mereka menambah nilai kad elektronik masing-masing di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di antara 15 Februari 2017 hingga 14 Mei 2017.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak ditawarkan bagi pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama negara tersebut setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan berkenaan. Jumlah tersebut merupakan pertambahan sebanyak 15 peratus berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa.

“Ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagikan sebahagian daripadanya ke waktu malam hingga awal pagi,” jelas Azman.

Nissan Note e-Power – enjin 1.2L, sistem hibrid dengan penambah jarak, tanpa soket plug-in, 37.2 km/l

Nissan telah mendedahkan perincian awal berkenaan untuk model Note e-Power, serentak dengan penjualannya yang kini telah bermula di Jepun. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sistem hibrid dengan enjin penambah jarak (range extender) untuk Note ini bukanlah seperti sistem hibrid sedia ada seperti sistem pada jenama Honda atau Toyota. Bagaimana ia berfungsi?

Note e-Power dibekalkan dengan enjin HR12DE 1.2 liter tiga-selinder berkuasa 79 PS/103 Nm. Kuasa dari enjin ini tidak dialirkan ke mana-mana transmisi, gandar dan roda, sebaliknya hanya digunakan untuk mengecas bateri motor elektrik yang akan memacu kereta ini. Jadi, model ini dibekalkan dengan motor elektrik yang sama dari model EV sepenuhnya iaitu Nissan Leaf, berkuasa 109 PS dan tork maksima 254 Nm yang sentiasa bersedia walaupun pedal pendikit belum ditekan.

Dengan tork berada pada tahap maksima walaupun kereta belum bergerak, Note e-Power tidak memerlukan kotak gear dan kuasa dari motor elektrik akan terus dialirkan ke kedua-dua roda hadapan, sama seperti Leaf. Menurut Nissan, dengan enjin penambah jarak yang berfungsi sebagai generator, ia hanya memerlukan bateri yang kecil (hanya 1/20 dari saiz bateri Leaf) untuk menyimpan kuasa, disamping pemandu mendapat kuasa yang sama seperti kenderaan EV sepenuhnya.

nissan-note-e-power-29_bm

Menerusi bentangan sistem ini, Note e-Power mencatatkan penggunaan bahan api 37.2 km untuk setiap liter petrol dalam kitaran ujian JC08 Jepun. Untuk mengurangkan bunyi dari enjin petrol ketika ianya sedang berfungsi, kesemua model menampilkan penebat bunyi lebih banyak pada bahagian hadapan dan belakang, manakala varian tertinggi Medallist turut menerima penebat bunyi pada kedua-dua bahagian sisi bagi menyaring bunyi dari jalan raya.

Untuk membezakan model hibrid dan model petrol standard, e-Power diberikan kemasan biru disekeliling gril dan juga lencana-lencana e-Power ditempat-tempat sepatutnya. Pada bahagian dalaman pula, ia menerima suis penukar mod yang diambil dari Leaf menggantikan tuil penukar gear konvensional. Ia juga diberikan paparan instrumen yang tersendiri yang turut memberikan pelbagai informasi untuk sistem janakuasanya.

Ia dijual pada harga bermula 1,772,280 yen (RM72,000) untuk varian asas e-Power S yang hadir denga lampu hadapan halogen, roda besi 14-inci dengan penutup hab, sistem kunci pintar dengan butang penghidup serta penghawa dingin manual. Untuk varian e-Power X pula, ia dijual pada harga 1,959,120 yen (RM79,600) dan ia ditambah dengan penghawa dingin automatik, Bantuan Brek Pintar serta Amaran Keluar Lorong.

nissan-note-e-power-19-e1478233356905_bm

Varian tertinggi e-Power Medalist pula dijual pada harga 2,244,240 yen (RM91,200) dan ia turut dilengkapi lampu hadapan LED, lampu kabus, roda aloi 15-inci, stereng balutan kulit dan juga perehat tangan bahagian belakang.

Nissan turut mendedahkan perincian terhadap semua model Note facelift dimana kini semua model menerima gril hadapan V-motion yang lebih menonjol, bersambung dengan lampu utama baharu serta bampar hadapan yang disentuh semula – memberikan imej lebih rendah dan lebar pada Note ini. Di bawahnya, gril dengan elemen krom di tengah turut ditampilkan bersama lampu kabus yang direka semula. Lampu belakang LED juga telah diberikan grafik signatur boomerang, dipadankan bersama bampar belakang baharu.

Pada bahagian dalaman, Note menerima roda stereng tiga jejari rekaan rata dibawah yang diambil terus dari Serena generasi baharu. Monitor Pandangan Sekeliling Pintar yang bersepadu dengan cermin pandang belakang diberikan sebagai opsyen.

Untuk model petrol sepenuhnya pula, pembeli diberikan dua pilihan enjin iaitu enjin 1.2 liter HR12DE sama seperti pada model e-Power (tetapi lengkap dengan transmisi dan kuasa dari enjin dialirkan ke roda hadapan) atau enjin 1.2 liter HR12DDR dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 98 PS/142 Nm.

Kedua-dua enjin berkenaan dipadankan bersama kotak gear CVT Xtronic, memacu roda hadapan. Untuk model pacuan semua roda pula, ia turut dipadanakan dengan motor elektrik yang diletakkan dibahagian belakang untuk memacu roda belakang.

Note versi enjin petrol ini dijual pada harga bermula 1,393,200 yen (RM56,700) hingga 1,985,040 yen (RM80,700), dengan pilihan varian S, X, Medalist X, X DIG-S, serta model Medallist suntikan bahan api terus. Nissan juga turut menawarkan pakej Mode Premier untuk varian X, X DIG-S dan model e-Power X yang hadir bersama kit badan Autech serta roda aloi dua ton bersaiz 16-inci.

Nissan Micra 2017 tunjuk semangat dalam segmen B

  • Salah satu model yang menarik perhatian semasa di Paris Motorshow adalah Nissan Micra 2017. Sebabnya, sebelum ini Nissan Micra (juga dikenali sebagai March) hanya nampak seperti kenderaan biasa tetapi bagi model baharu yang akan mula dijual di Eropah pada tahun 2017 ini, ia mempunyai gaya lebih sporty dan agresif.

    Konsep rekaannya banyak diwarisi daripada model konsep Sway yang dipamerkan semasa Geneva Motor Show tahun lepas, namun sudah tentu beberapa bahagian tertentu disesuaikan untuk kereta produksi.

    Ramai pengkritik yang mengatakan Micra 2017 mempunyai bahagian yang kelihatan seperti kenderaan pesaing seperti Ford Fiesta dan Peugeot 208 tetapi yang nyata, Nissan mempunyai cara untuk meletakkan identiti sendiri seperti gril hadapan V yang sudah menjadi tanda unik Nissan, tiang tengah yang diwarnakan hitam, dan apabila bersambung dengan cermin belakang menimbulkan visual bumbung seperti terapung dan lampu belakang bentuk boomerang.

    Untuk memacu Micra 2017, Nissan menyediakan tiga pilihan enjin iaitu tiga silinder petrol turbo 900cc (90 hp / 140 Nm), tiga silinder NA petrol 1.0 liter (73 hp / 95 Nm) dan empat silinder diesel 1.5 liter (90 hp / 220 Nm). Semua enjin ini dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan secara standard namun kotak gear CVT turut diberikan sebagai pilihan.

    Selain enjin, Nissan Micra 2017 turut mempunyai kelengkapan teknologi baharu lain iaitu Active Ride Controldan Active Trace Control. Dengan adanya sistem ini, keselesaan di dalam kenderaan dapat dipertingkat,understeer dapat dikurangkan dan pengendalian lebih ‘tajam’.

    Untuk aspek keselamatan dan bantuan pemandu pula, Nissan Micra 2017 dilengkapi Lane Departure Prevention, Intelligent Emergency Braking dengan pengesan pejalan kaki, Intelligent Around View Monitor, Traffic Sign Recognition, High Beam Assist dan Blind Spot Warning..

    2017-nissan-march-12-850x446bm

    Daripada laporan media Amerika Syarikat, Micra 2017 tidak akan memasuki pasaran itu kerana Nissan sudah ada model Versa (dikenali sebagai Almera di Malaysia) dan ia mempunyai kos yang sama, tetapi Versa menawarkan lebih ruang dan lebih kuasa. Walaubagaimanapun, Nissan Micra 2017 nampak lebih menarik dan jika dijual pada harga sama seperti Almera di Malaysia, pastinya akan menarik minat orang ramai, seterusnya memberi cabaran kepada Honda Jazz, Peugeot 208, Renault Captur, Ford Fiesta, Chevrolet Sonic dan banyak lagi kereta di dalam segmennya.

    Untuk menjadikan keadaan lebih menarik, seorang pereka dari Hungary, X-Tomi Design telah mereka lukisan komputer bagi Nissan Micra 2017 versi Nismo. Lukisan digital ini dihasilkan berdasarkan rupa asas March 2017 dan identiti Nismo. Macam mana? Cukup menarik.

Lagi insiden bayi maut akibat lemas di dalam kereta – elakkan kecuaian, jadilah masyarakat yang prihatin

Semalam satu lagi insiden yang mengakibatkan kematian seorang bayi perempuan berusia 12 bulan selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya. Kejadian ini berlaku di Kulai, Johor dan menurut laporan polis yang dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, lelaki terbabit tidak menyedari bayinya berada di tempat duduk belakang kenderaan miliknya, dan terus ke tempat kerja. Pada jam 3 petang, dia menerima panggilan daripada pengasuh anaknya yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya. Lelaki terbabit terus bergegas ke keretanya dan mendapati anaknya sudah meninggal dunia, laporan Harian Metro.

Malaysia tempat memandu terbaik di Asean – Waze

Mungkin ini suatu yang mengejutkan kerana negara kita, khususnya di sekitar Kuala Lumpur sering berlaku kesesakan trafik tanpa mengira waktu. Bahkan kebanyakan lebuhraya utama juga sering berhadapan dengan masalah kesesakan trafik khususnya ketika cuti panjang di hujung minggu mahu pun musim perayaan.

Namun percayakah anda bahawa Malaysia telah diiktiraf sebagai tempat memandu terbaik di Asean? Menurut aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, di peringkat global, Malaysia menduduki kedudukan ke-23 daripada 38 negara dan 235 bandar raya serta bandar yang dikaji menerusi Indeks Kepuasan Pemandu tahunan kedua yang menilai keseluruhan pengalaman pemandu.

2,000 kenderaan disaman kerana langgar peraturan ganjil-gelap yang dikuatkuasakan di Jakarta

Kota Jakarta yang tersenarai sebagai antara 10 ibu kota tersibuk di dunia, telah menguatkuasakan sistem ganjil-gelap sejak 30 Ogos lalu. Ia dilaksanakan di semua laluan utama di kota Jakarta bagi mengurangkan kesesakan trafik yang kian meruncing apabila dianggarkan hampir 20 juta kenderaan pelbagai jenis melalui kawasan tersebut.

Pemandu atau penunggang tanpa lesen akan terus dihadapkan ke mahkamah, kenderaan turut disita

Awas bagi yang semua pemandu dan penunggang tanpa lesen memandu yang sah. Anda mungkin akan ditahan oleh pihak polis, dan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu/menunggang tanpa lesen!

Pihak polis trafik tidak akan berkompromi dengan pemandu dan penunggang yang tiada lesen ini, tiada lagi sekadar memberikan saman kompaun seperti yang dipraktikkan sebelum ini, namun pesalah akan terus didakwa di mahkamah, laporan The Sun. Dilaporkan telah mula dikuatkuasakan sejak pertengahan bulan lepas, arahan terbaharu ini telah menyaksikan ribuan pemandu dan penunggang motosikal yang tidak berlesen telah didakwa di mahkamah.

Shopping Basket