Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG dimana ia akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.
Kenyataan JPJ turut menyebut bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober nanti. Bagaimanapun, ia tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Buat masa ini, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja.
Sumber: Jpj malaysia
Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
PENGENALAN Nissan Almera baharu menarik perhatian ramai warga tempatan yang memuji rekabentuk sedan tersebut.
Almera generasi keempat itu (dua generasi awal tiada di Malaysia) menampilkan rekabentuk kontemporari dengan pakej enjin 1.0L turbo yang menjimatkan dan teknologi brek kecemasan autonomi (AEB) sebagai ciri standard untuk semua varian.
Pengenalan Almera turut mempopularkan satu lagi sedan Nissan, iaitu Sylphy (Sentra) yang juga hadir dengan rekabentuk menarik dan menjadi saingan kepada Honda Civic dan Toyota Corolla Altis.
Nissan sejak beberapa tahun lalu memperbaharui penampilan siri sedan jenama itu. Dua model yang tiada di pasaran tempatan ialah Altima (Teana) dan Maxima. Dari segi saiz, dua model berkenaan tidak jauh berbeza, kecuali Maxima yang lebih berkuasa dan berpenampilan agresif.
Lebih jelas, lawan Maxima ialah Toyota Avalon, Kia Cadenza dan sedan Amerika Syarikat (AS) lain.
Jika Maxima kedengaran asing di pasaran tempatan, senario itu berbeza di AS kerana sudah ditawarkan sejak 1981 dan juga menjadi model Nissan paling lama dan berterusan digunakan di sana.
Jejak model ini boleh dikesan pada Datsun Bluebird 810 pada lewat 70-an, dan Datsun 810 (1981) menjadi model pertama menggunakan nama Maxima. Model itu menggunakan enjin 240Z dan transmisi manual 5-kelajuan yang mana kebanyakan produk pada masa itu lebih menumpukan kepada model 4-kelajuan atau kurang.
Melangkau ke depan, Altima sekarang ialah model dari generasi kelapan. Sempena empat dekad, Nissan menawarkan Maxima 40th Anniversary Edition untuk pembeli pasaran AS.
Nissan tidak memperincikan enjin dan sebagainya, kecuali memaklumkan Maxima (2021) turut ditawarkan dalam varian SV, SR dan Platinum yang masing-masing dijana enjin 3.5L V6 berkuasa 300hp dan tork 354Nm dengan transmisi Xtronic.
Dari segi keselamatan, sebagai rujukan Maxima (2020) dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Safety Shield 360 seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik (ARB), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB).
Harga pula Maxima (2020) dijual bermula AS$34,450 (RM142,110) hingga AS$42,980 (RM177,290). Berapakah agaknya Maxina (2021)?
GALERI
Sumber: pandulaju
Nissan Kuala Terengganu
Mazani-0139900147
www.nissankt.com
FB: Nissan Kuala Terengganu fb.com/nissanterengganu
SELAIN trend berbasikal, orang kita juga gemar berlari sebagai aktiviti sukan. Setiap minggu, kita dapat lihat trek larian di taman riadah dan rekreasi dipenuhi pelari-pelari amatur dan profesional.
Ada yang lebih maju, mereka mengorak langkah ke jalan raya dengan berlari di kaki lima dan lebuh raya serta bandar. Jika anda salah seorang daripada kalangan pelari itu, sama ada sudah sedia melakukannya atau merancang berlari luar trek biasa, anda sepatutnya sedia maklum dengan risiko keselamatan yang perlu ditempuhi.
Di sini kami siarkan tip dikongsikan laman Facebook rasmi Polis Kedah kepada pelari atau pejalan kaki yang bercadang berlari jarak jauh atau dalam tempoh lama, ataupun jika mahu berlari di luar kawasan rekreasi.
TIP BAGI PENGGEMAR AKTIVITI LARIAN DAN PEJALAN KAKI
1. Maklum kepada Waris/Jiran
Sekiranya merancang melakukan aktiviti dengan jarak dan tempoh yang panjang, lebih baik maklum kepada waris atau jiran terdekat supaya sekiranya berlaku apa-apa, kita mudah dicari.
2. Lari Menghadap Trafik
Berlari lawan arus trafik supaya boleh bertindak balas dengan cepat kalau kenderaan menuju ke arah kita. Ini memudahkan pemandu kenderaan melihat kita.
3. Beri Laluan
Apabila kenderaan banyak, jalan sempit, jadi berilah laluan. Berlari dekat bahu jalan, kaki lima. Jalan tu kenderaan yang punya. Bertimbang rasa.
4. Mudah Dilihat
Pakai pakaian warna terang, baju reflektif, pakai blinkers. Kalau perlu pakai headlamp, pakai je. Kalau waktu malam, amat penting untuk dilihat kenderaan lain bagi mengelakkan kecelakaan.
5. Elak Guna Fon Kepala/Telinga (Headphone/Earphone)
Apabila menggunakan fon telinga/kepala, kita mungkin tidak dapat mendengar bunyi kenderaan yang hadir di sekeliling.
6. Pemilihan Laluan
Jauhi kawasan sesak dan berisiko tinggi. Laluan berbukit amat berisiko tinggi kerana penglihatan pemandu boleh terganggu, lebih-lebih lagi di kawasan puncak bukit.
7. Lari Berteman
Elakkan menjalankan aktiviti larian seorang diri. Ajak pasangan atau rakan anda.
8. Hormati Pengguna Jalan Lain
Sekiranya berlari dalam kumpulan, elakkan berlari dalam kelompok besar dan mengganggu pengguna jalan raya lain.
9. Bawa Sedikit Wang
Bawa sedikit wang untuk tujuan kecemasan sekiranya perlu.
10. Bersopan di Jalan Raya
Patuhi arahan lampu isyarat dan petunjuk isyarat jalan raya lain. Guna isyarat tangan untuk ke kiri atau kanan, dan guna isyarat tangan untuk ucap terima kasih.
Kejadian yang menimpa empat sekawan yang mengalami keracunan gas karbon monoksida (CO) selepas tidur di dalam kenderaan yang tidak bergerak tapi enjin masih dihidupkan, di Pulau Pinang, baru-baru ini cukup menyedihkan. Tiga daripadanya meninggal dunia, dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang masih dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah.
Insiden ini menerima pelbagai maklumbalas daripada pakar mahu pun netizen yang memberikan pandangan mengikut fakta yang relevan, dan tak kurangnya ada yang mengulas secara membuta tuli. Walau bagaimana pun, kita disarankan agar tidak lekas terpengaruh dengan teori yang tidak tepat, termasuklah ada yang berkata kebocoran gas CO hanya boleh berlaku terhadap kenderaan lama sahaja.
Malah ada juga yang berkata, tidur dalam kenderaan yang tidak bergerak, tetapi enjin dihidupkan dan tingkap dibuka sedikit untuk pengudaraan, tidak akan mendatangkan bahaya.
Menurut Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Senator Datuk T. Mohan, kedua-dua pandangan berkenaan adalah tidak tepat.
Katanya, tanggapan umum bahawa kebocoran gas karbon monoksida hanya boleh berlaku pada kenderaan lama tidak benar kerana ia juga boleh berlaku pada kenderaan baharu. Selain itu, pendapat segelintir pihak kononnya menurunkan cermin kenderaan dapat mengelak keracunan gas karbon monoksida juga tidak tepat, laporan Bernama
“Enjin kenderaan dihidupkan dalam jangka masa panjang tanpa disedari kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang. Kebocoran gas itu dapat dikesan dengan tanda awal seperti perubahan suhu dalam kabin dan rasa loya. Jika ada tanda-tanda ini, tingkap perlu dibuka dengan segera selain penyaman udara dan enjin juga perlu dimatikan dengan segera,” katanya.
Tambahnya, pemandu diingatkan agar tidak tidur dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan kerana ia boleh menyebabkan keracunan gas karbon monoksida.
Mohan turut mengingatkan pemandu yang mengantuk agar berhenti dan berehat di luar kenderaan atau di tempat sesuai dengan kitaran udara yang baik, selamat serta segar tanpa membahayakan diri sendiri.
“Pengguna kenderaan juga katanya perlu memastikan penyaman udara kenderaan diselenggara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan bagi mengelak insiden tidak diingini,”katanya lagi.
Malam tadi kita dikejutkan dengan berita mengenai kematian tiga wanita dan seorang lagi rakan mereka kritikal akibat keracunan karbon monoksida (CO) selepas mereka tertidur di dalam kereta sewaktu berehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, Pulau Pinang.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata, tiga yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang sedang dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah, laporan Bernama.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keempat-empat rakan baik berumur 21 tahun itu telah pergi ke Pulau Jerejak, sempena cuti umum Hari Malaysia, dan difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah, apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan.
“Mereka yang menaiki kereta jenis Honda Odyssey berhenti di stesen minyak di kawasan Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara untuk berehat, namun mereka dipercayai tertidur sehingga masing-masing tidak sedarkan diri dan mengalami keracunan karbon monoksida,” katanya.
Menurut World Health Organization (WHO), CO boleh mengancam nyawa manusia walau pun dalam kadar yang rendah. Dalam dunia automotif, CO merupakan salah satu daripada beberapa jenis gas yang boleh membahayakan kesihatan. Di mana ia terhasil menerusi pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan dan menghasilkan gas yang boleh bertukar menjadi racun dan sekaligus mampu membunuh secara senyap. Selain itu, gas lain yang berbahaya yang boleh dihasilkan oleh enjin kenderaan termasuklah hidrokarbon dan nitrogen oksida.
Walau bagaimana pun, beberapa bahagian dalam sistem ekzos kenderaan boleh berfungsi untuk mengurangkan bahaya gas-gas berkenaan. Bahagian tersebut ialah manifold, paip ekzos, penderia oksigen, catalytic converter, muffler dan corong ekzos. Tetapi bagaimanakah CO boleh ‘bolos’ dalam kenderaan walau pun terdapat bahagian-bahagian tersebut sedangkan ia berfungsi untuk menukar CO menjadi gas yang lebih selamat iaitu karbon dioksida (CO2)?
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Iowa State University, ia terjadi apabila terdapat kebocoran pada sistem ekzos. Enjin petrol pembakaran dalaman boleh menghasilkan kepekatan CO yang sangat tinggi. Walau pun enjin tersebut ditala dengan betul, namun ia akan menghasilkan lebih daripada 30,000 bahagian per juta (PPM) CO sebelum ditukarkan menjadi CO2 tidak bertoksin di dalam catalytic converter.
Apabila ekzos mengalami kebocoran, ia akan melepaskan CO dan gas beracun ini dapat memasuki kabin kenderaan melalui lubang di badan kenderaan atau tingkap atau pintu yang terbuka. Oleh itu, sistem ekzos mesti kedap gas dari enjin hinggalah ke hujung corong ekzos bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku.
Mungkin ada kenalan anda berkata, “Takpe kalau nak tidur dalam kereta, hidupkan enjin, pasang aircond atau boleh bukak sikit tingkap. Tak bahaya.” Itu fakta yang tidak tepat. Menurut laman Facebook Public Health Malaysia , keracunan CO tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, CO dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.
Untuk pengetahuan, gas tersebut tidak mempunyai sebarang warna dan bau. Justeru, sukar untuk kita menyedari ‘kehadirannya’. Apabila CO bersebaran di dalam kenderaan, ia boleh memasuki saluran pernafasan dan salur darah. Kemudian ia akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati.
Antara gejala keracunan CO ialah sakit kepala, pening, lemah anggota badan, sakit perut, muntah, sakit dada dan sesak nafas serta mengalami kecelaruan. TETAPI, jika gas ini dihidu sewaktu anda sedang tidur, adalah sukar untuk anda menyedari sebarang gejala ini dan sekaligus boleh membuatkan anda tidur selama-lamanya! Menakutkan bukan?
Oleh itu, beberapa tips telah dikeluarkan oleh pakar kesihatan dunia untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Tolong ambil peduli dan lebih peka atas segala tindakan anda.
Jangan memanaskan enjin di kawasan yang tertutup kerana asap ekzos akan memenuhi ruang terbabit dan boleh mengandungi CO sekaligus boleh menyebabkan keracunan gas.
Jangan tidur di dalam kenderaan yang tidak bergerak tetapi enjin masih dihidupkan, walau pun tingkap atau pendingin hawa dibuka atau ditutup. Kalau nak tidur dalam kereta, sila matikan enjin.
Sila pastikan sistem ekzos kenderaan anda diperiksa dan diselenggara dengan baik. Jika anda mendapati ekzos berbunyi kuat dan kasar serta ada mengeluarkan bau asap yang teruk, itu merupakan antara tanda ekzos anda bocor. Segera bawa kenderaan anda ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut.
Jika indikator ‘check engine’ menyala, kemungkinan penderia oksigen ada mengesan masalah dalam sistem pembakaran enjin dan gas ekzos. Jadi, jangan buat-buat tak nampak atau pandang enteng sekiranya indikator tersebut menyala. Tindakan segera perlu diambil dengan membawa kenderaan anda ke pusat servis.
Jangan melakukan modifikasi yang boleh mendatangkan bahaya. Mungkin nak bikin kereta lebih ‘power’ ada pulak yang sanggup membuang komponen penting seperti catalytic converter dan muffler.
Satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh semalam telah tular di media sosial, berhubung dengan motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan yang luput atau tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mulai Jumaat ini.
Menerusi surat pekeliling berkenaan, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom, laporan Berita Harian.
Di mana untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap. Manakala bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.
Akhbar ini turut menyebut, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan petang esok. Apa pun kita nantikan pengesahan selanjutnya daripada kementerian terbabit.
Gentian karbon merupakan material yang paling sesuai untuk menggantikan logam untuk kebanyakkan komponen bagi menghasilkan sebuah kenderaan yang jauh lebih ringan. Sifatnya yang kurang lentur bukan sahaja dapat menghasilkan kerangka badan yang lebih kuat bagi memberikan titik graviti lebih rendah, pengendalian dan juga keselamatan yang lebih bagus, malah dengan jisim keseluruhan yang lebih ringan, sesebuah kenderaan itu juga dapat memberikan ekonomi bahan api yang jauh lebih baik.
Namun kerana proses pembuatannya yang rumit membuatkan kos untuk menghasilkan komponen-komponen gentian karbon ini menjadi tinggi. Oleh itu buat masa sekarang, penggunaan gentian karbon ini hanya banyak kita temui pada kereta lumba, kereta sport dan juga dalam industri aeroangkasa. Jika ia digunakan pada kereta penumpang biasa, sudah tentu harga kereta berkenaan akan melambung tinggi.
Jadi, Nissan mengambil inisiatif untuk membangunkan satu proses untuk menghasilkan komponen gentian karbon ini dengan cara yang lebih mudah, cepat dan mengurangkan kos, seterusnya membolehkan ia diproduksi secara besar-besaran dan dapat digunakan pada kereta penumpang biasa.
Jenis produk gentian karbon yang akan dihasilkan menerusi proses baharu tersebut adalah gentian karbon diperkuat plastik (CFRP), dan inovasi tersebut mengambil masa hanya separuh untuk menghasilkan komponen berkenaan, dan masa kitaran untuk acuan pula jimat sehingga 80% berbanding cara konvensional.
Proses baharu yang dibangunkan oleh Nissan ini dikenali sebagai acuan alihan resin dimampatkan (C-RTM). Dengan cara ini, lapisan gentian karbon akan dibentuk mengikut acuan di bawah dan di atas serta meninggalkan satu ruang kecil diantaranya. Kemudian resin akan disuntik pada ruang berkenaan dan dibiar mengeras.
Jurutera Nissan membangunkan teknik untuk mensimulasikan kebolehtelapan resin dalam serat karbon dengan tepat, sambil memvisualisasikan sifat aliran resin dalam acuan menggunakan acuan telus cahaya bersama sensor suhu di dalamnya. Hasil dari proses ini adalah komponen berkualiti tinggi dengan masa penghasilan yang lebih pendek.
Menurut Rieko Yamaguchi, dari bahagian Kejuruteraan Elemen Pembuatan Kenderaan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Produksi Nissan, syarikatnya akan mula mengunakan komponen yang diperbuat dari CFRP ini pada struktur tiang-B (tiang di antara pintu hadapan dan belakang) untuk barisan model-model baharunya pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, Nissan masih belum memperincikan bila mereka akan memulakannya, dan model yang mana akan menjadi model pertama menerima komponen tersebut kelak.
Sudah menjadi lumrah, kita di Malaysia sejak dari zaman dahulu jika mahu membayangkan kuasa kuda, kelajuan, keselesaan, malah harga sesebuah kereta, kapasiti enjin akan dijadikan asas rujukan untuk aspek-aspek tersebut. Pada era 80’an dan 90’an, orang ramai tidak menjadikan segmen atau kelas untuk membandingkan satu-satu model, tetapi mengambil kapasiti enjin untuk tujuan berkenaan.
Contohnya, Toyota Starlet KP61 1982 pasaran Malaysia yang dijana enjin 4K 1.3 liter, sudah tentu lawan terusnya adalah Honda Civic SA0 yang juga dijana oleh enjin EN1 1.3 liter – tiada istilah segmen-A atau segmen-B ketika itu.
Ini cerita sekitar 40-tahun dahulu, namun malangnya walaupun teknologi telah berubah begitu drastik sepanjang tempoh tersebut, orang ramai di Malaysia masih belum “move on” dari menggunakan kapasiti enjin sebagai menentukan kelas satu-satu model tersebut.
Anda lihat sahaja diruangan komen artikel-artikel kami di laman Facebook berkenaan model-model baharu yang menggunakan enjin turbo berkapasiti kecil seperti Honda Accord 1.5L Turbo dan juga Nissan Almera 1.0L Turbo, pasti ada sahaja komen seperti “enjin 1.0L je tapi harga lebih RM80k? Mahalnya, model yang dulu tu enjin 1.5L je tak sampai RM80k” atau “boleh panjat Genting ke ni?”.
Para pembaca yang budiman, evolusi pengecilan kapasiti enjin ini bukan perkara baharu. Di Amerika Syarikat, kejatuhan enjin-enjin V8 sudah bermula sejak era 70’an apabila berlakunya krisis tenaga, di mana rakyat negera berkenaan mula memilih kereta-kereta dari Jepun yang dijana oleh enjin yang jauh lebih kecil, berbanding kereta-kereta domestik yang dikuasakan enjin sama saiz dengan enjin lori.
Dan trend pengecilan kapasiti enjin terus berjalan dari masa ke masa di mana undang-undang pencemaran di Eropah dan Amerika Syarikat yang semakin ketat dari tahun ke tahun. Kapasiti enjin ini dikecilkan bukan secara hentam kromo, ia seiring dengan perkembangan teknologi di mana walaupun ia semakin kecil, jumlah kuasa yang dihasilkan adalah sama atau lebih baik dari sebelumnya.
Jika pada era 80’an hingga 90’an dahulu jurutera giat membangunkan teknologi injap bervariasi seperti VTEC dari Honda atau VANOS dari BMW untuk mengekstrak lebih tenaga dan kadar efisien pada satu-satu enjin, sekarang mereka lebih menumpukan penggunaan satu komponen yang dicipta oleh jurutera Sweden, Alfred Büchi pada tahun 1905, iaitu pengecas turbo.
Pengecas turbo ini berfungsi untuk menyedut udara dari luar dan menghembuskannya ke kebuk pembakaran enjin, membolehkan kuasa yang jauh lebih besar dihasilkan dengan tork maksima yang boleh dicapai dengan jauh lebih cepat.
Anda boleh lihat contoh pada Honda Accord misalnya, model tertinggi untuk generasi sebelum ini dijana oleh enjin K24W4 2.4 liter dengan teknologi DOHC i-VTEC yang menghasilkan 174 hp dan tork maksima 225 Nm, manakala model lebih rendah diberikan enjin R20 SOHC i-VTEC berkuasa 153 hp dan tork 190 Nm.
Untuk model generasi baharu, Accord di Malaysia hanya ditawarkan dengan satu jenis enjin 1.5 liter VTEC Turbo. Kalau tengok kapasiti, memang kecil, malah lebih kecil dari enjin hatchback segmen-B Proton Iriz Premium. Tapi cuba anda tengok spesifikasi – enjin 1.5L VTEC turbo berkenaan berupaya menghasilkan 198 hp (201 PS) dan tork maksima 260 Nm, atau 24 hp dan 35 hp lebih tinggi dari enjin 2.4 liter sebelumnya!
Begitu juga halnya dengan enjin HRA0 1.0 liter tiga-silinder dari Nissan Almera yang berkuasa 100 PS dan tork 153Nm. Ia menghasilkan sekitar 2 PS kurang dari enjin HR15DE 1.5 liter NA pada model generasi pertama, namun enjin ini berupaya mengerah lebih 13 Nm tork berbanding hanya 139 Nm pada enjin lama.
Saya antara yang berpeluang untuk memandu uji secara ringkas Almera ini ketika ia didedahkan minggu lalu. Tork yang dihasilkan oleh enjin tersebut bukan sahaja lebih tinggi, malah keseluruhan 153 Nm itu dapat dicapai seawal 2,400 dan bertahan sehingga 4,000 rpm, berbanding pada 4,000 rpm bagi mencapai tork maksima 139 Nm pada enjin sebelumnya. Macam mana rasa dia? Saya boleh disifatkan respon enjin 1.0L Turbo pada Almera ini adalah lebih kurang sama seperti anda memandu sedan segmen-B dengan enjin 1.6L tanpa bantuan turbo.
Menurut rakan penulis kami dari laman berbahasa inggeris paultan.org, Anthony Lim yang juga pemilik Honda CR-V 1.5L VTEC Turbo, tiada sebarang keluhan perlu diberikan pada enjin L15 (sama seperti Accord) tersebut. Dan sebagai bekas pemilik selama tujuh-tahun Honda CR-V generasi ketiga dengan enjin 2.0 liter i-VTEC, model baharu ini jelas lebih memberikan kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat.
Bukan sahaja kuasa yang menjadi kelebihan pada enjin-enjin kecil turbo ini, malah untuk kita yang berada di Malaysia, sudah tentu dengan enjin yang lebih kecil, pemiliknya akan membayar cukai jalan dengan harga yang lebih murah. Ini bermakna pemilik Honda Accord 2.4L yang sebelum ini membayar cukai jalan lebih dari RM700 setahun, kini membayar cukai jalan yang lebih rendah dari pemilik Proton Persona sekiranya bertukar kepada Accord 1.5L generasi baharu.
Tentu ada yang ragu-ragu tentang ketahanan enjin-enjin kecil yang didesak oleh pengecas turbo ini kan? Sebenarnya teknologi pengecas turbo ini berkembang seiring dengan teknologi material untuk menghasilkan enjin yang lebih kuat. Untuk enjin Almera misalnya, ia menerima teknologi Mirror Bore Coating yang sama seperti pada enjin VR38DETT Nissan GT-R R35 pada silinder, yang membantu mengurangkan geseran antara gegelang omboh dan dinding silinder, seterusnya akan meningkatkan ketahanan dan pengurusan suhu yang lebih baik.
Selain dari enjin, untuk merasakan sesebuah kereta itu ditawarkan dengan harga yang berpatutan atau tidak, anda juga perlu memerhatikan apa kelengkapan lain yang diberikan. Sekali lagi kita ambil contoh pada Nissan Almera – pada model generasi pertama, tiada satu varian pun ditawarkan dengan sistem kestabilan elektronik, dan semua varian termasuk model paling tinggi hanya diberikan dua beg-udara.
Manakala untuk model generasi baharu ini, varian paling rendah bukan sahaja diberikan dengan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) bersama Traction Control (TC), malah semua varian diberikan standard dengan sistem brek kecemasan automatik (AEB).
Manakala untuk varian lebih tinggi, ia hadir dengan enam beg-udara, malah versi tertinggi ditawarkan dengan pakej penuh sistem bantuan pemanduan Nissan Safety Shield 360. Apa lagi ciri yang ada Almera baharu ini berbanding model sebelumnya? Rajin-rajinkanlah baca artikel panjang lebar yang telah kami tulis sebelum ini.
Kita mungkin masih lagi berbalah berkenaan enjin-enjin kereta yang semakin mengecil. Namun kini diperingkat global, trend ini sebenarnya sedang beralih dari enjin konvensional pembakaran dalaman, kepada sistem elektrik sepenuhnya. Malah ada pengeluar seperti Volkswagen dan Volvo kini sudahpun ‘angkat tangan’ mengalah untuk terus membangunkan enjin petrol ini kerana undang-undang pencemaran yang semakin ketat serta tidak masuk akal, dan mereka kini hanya fokus kepada teknologi elektrik.
Jadi dengan pemikiran orang kita yang masih belum berubah, agaknya bila kita akan sampai tahap serius untuk beralih kepada teknologi elektrik?
ntara aksesori paling lama dan paling tidak bertukar teknologinya pada kenderaan anda ialah pengelap cermin atau “wiper”.
Ada juga yang memanggilnya vaiper, macam Viper dalam permainan video Street Fighter tetapi apa yang penting, semua orang tahu walaupun kenderaan premium dari Jerman pun mempunyai konsep pengelap cermin yang sama seperti jenama marhaen.
Pengelap cermin sendiri mempunyai beberapa jenis bilah:
Jenis Bilah Standard Rangka besi dengan getah, yang dipakai sejak zaman Datsun Buah Kana sampai ke sekarang.
Jenis Bilah Spoiler Sama seperti di atas tetapi dengan spoiler agar ia bilah ditekan kuat pada cermin (jarang digunakan).
Jenis Bilah Flat atau Leper Ini ialah pengelap cermin terkini dan semakin banyak jenama kenderaan menggunakannya sebagai alatan standard. Ia tidak mempunyai bingkai dan ia tidak boleh diganti dengan bilah pengelap cermin Jenis Standard. Kelebihan bilah ini ialah ia lebih aerodinamik, ia lebih kecil dan ia kurang bergegar.
Jenis Bilah Retrofit Flat Ini juga semakin popular di mana ia sama seperti Jenis Flat, tetapi boleh dipasang kepada pengelap cermin Jenis Standard.
Jenis Bilah Hibrid Ia mempunyai bilah pengelap dengan bingkai atau kerangka besi tetapi bilah getahnya lebih mudah melengkung. Ia mampu melekat kuat pada cermin kenderaan dan digunakan untuk cermin hadapan yang mempunyai permukaan yang sangat melengkung. Jarang digunakan dan hanya didapati pada kenderaan-kenderaan supercar dan sebagainya.
Itu ialah cerita bilah, tetapi dari segi pergerakan pengelap cermin, ada lapan jenis yang digunakan dalam industri automotif.
1. Radial Berpangsi untuk Panduan Sebelah Kiri Ini adalah gerakan paling popular dan ia menggunakan motor untuk menggerakkan bilah-bilah.
2. Radial Berpangsi untuk Panduan Sebelah Kanan Sama seperti di atas, tetapi untuk kenderaan Panduan Sebelah Kanan seperti di Malaysia.
3. Sapuan Berjujukan Cara gerakan ini adalah sangat kompleks kerana bilah-bilah itu bergerak pada arah yang bertendangan. Namun begitu, ia mampu memberikan kawasan sapuan yang lebih luas.
4. Bilah pengelap tunggal Sering digunakan untuk cermin belakang, ia menggunakan satu bilah panjang untuk membuat sapuan ke seluruh cermin sebaik mungkin.
5. Bilah Mono Menggunakan konsep cantilever atau julur tuas, bilah tunggal itu akan “ternaik” ke atas di tengah-tengah cermin untuk menghasilkan sapuan berbentuk M.
6. Sistem Pantograf Ini sering dijumpai pada kenderaan berat seperti bas. Ia menggabungkan bilah menegak dengan pengelap pada satu pangsi. Sistem ini sangat sesuai untuk cermin hadapan yang besar dan rata. Masalahnya ialah bila berhenti, bilah-bilah itu akan berhenti di tengah-tengah dan jika cermin itu kecil, ia akan menggangu penglihatan pemandu.
7. Pengelap hujan berkembar dengan pangsi di atas Kenderaan dengan dua cermin hadapan biasanya menggunakan sistem ini. Ia lebih kepada kenderaan-kenderaan tentera dan ia memberi kawasan sapuan yang lebih baik untuk kawasan bawah cermin itu.
8. Pengelap hujan berkembar dengan pangsi di bawah Sama seperti di atas tetapi ia mempunyai pangsi di bawah. Banyak digunakan oleh kenderaan-kenderaan klasik seperti Volkswagen Combi dengan cermin hadapan jenis “split”.
Pejabat Pos diberi kebenaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menjalankan urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian.
Ini selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) olehPerdana Menteri yang membenarkan semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi semula bermula semalam.”JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urusniaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan bagi beberapa jenis urusniaga sahaja.
”Sebenarnya, pelaksanaan pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ adalah dilaksanakan secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
”Justeru bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja. Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” katanya.
Walaupun begitu, kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP).
Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika LKM ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu PKP ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
🔥 BAYARAN BOOKING HANYA SERENDAH RM500 SAHAJA!!! 🔥
✅ Bayar Booking serendah (RM500 only) ✅ Loan Senang Dan Cepat ✅ Graduan Amat Dialu Alukan ✅ Harga Trade In Yang Terbaik ✅ Door to Door service ✅ Penghantaran Percuma . . 🆙🆙BULANAN TERENDAH 🆙🆙