Tambang LRT laluan Kelana Jaya diberi percuma dari 13 hingga 15 September 2016 (Selasa – Khamis)

Berikutan gangguan yang berlaku beberapa kali dalam masa terdekat ini, Prasarana Malaysia Berhad menawarkan tambang percuma bagi penumpang yang menggunakan khidmat tren Light Rapid Transit (LRT)laluan Kelana Jaya dari 13 hingga 15 September ini.

Menurut laporan daripada New Straits Times, langkah ini dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna dan Pengarah Urusan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz turut memohon maaf atas kesukaran yang dialami pengguna.

Insiden paling baharu terjadi pagi tadi apabila tren terkandas kerana bekalan kuasa terputus.

Menunggang dalam jerebu – bagaimana cara terbaik?

Keadaan berjerebu dan kualiti udara yang semakin menurun nampaknya menjengah kita semula. Di Lembah Klang, semalam menyaksikan antara keadaan jerebu paling buruk tahun ini. Memandangkan situasi ini sukar dijangka, apa langkah-langkah yang perlu diambil oleh penunggang motosikal untuk berdepan dengannya?

Memandangkan penunggang lebih terdedah dan terkesan dengan suasana berjerebu ini, ada baiknya beberapa langkah berjaga-jaga diambil tidak jatuh sakit atau mencegah daripada masalah pernafasan.

Shopping Basket