Nissan GT-R Pure 2018 masuk pasaran USA – 565 hp

Nissan USA telah mengumumkan harga dan perincian bagi GT-R 2018, termasuk varian GT-R Pure. Dijual pada harga bermula USD99,990 (RM424,189), GT-R Pure dijanakan oleh enjin 3.8 liter pengecas turbo-berkembar V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 565 hp. Bagi enjin ini, setiap silinder turut menampilkan lapisan unik plasma pada bahagian dindingnya, dengan sistem pengambilan persendirian bagi setiap bank silindernya. Pengecas turbo berkembar yang penuh berkuasa ini juga mengambil kelebihan daripada rekabentuk Premium Midship (PM) untuk keseimbangan yang lebih optimum.

Lebuhraya CSR tidak akan dikenakan caj tol – Rosnah

Projek Central Spine Road (CSR) sepanjang 411 kilometer dan menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan, disahkan tidak akan ada tol, ujar Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam Dewan Rakyat semalam.

Katanya lagi, ini termasuk dengan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang melibatkan jarak 61.36 km juga merupakan sebahagian daripada CSR dan ia juga akan bebas tol, laporan Bernama.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan merancang untuk mengenakan caj tol bagi Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Rosnah turut berkata, projek Kota Bharu-Kuala Krai merupakan sebahagian daripada Pelan Malaysia ke-10 (RMK10). Tambahnya lagi, pakej 1B (dari Pasir Hor ke Kadok) melibatkan jajaran sejauh tujuh kilometer, dan pembinaannya telah bermula sejak April 2014, serta dijangka siap pada Februari 2018. Sementara pakej 2A pula (dari Kadok ke Ketereh) yang melibatkan jarak 6.85 km, dijangka siap pada November 2018 dan pakej 2B (Ketereh ke Kok Lanas) sepanjang 6.2 km baru saja dikeluarkan surat persetujuan pada 3 November lalu.

ETCM tawar program bantuan banjir untuk pemilik kenderaan Nissan – diskaun 20% untuk alat ganti tulen

 

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan kerjasama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan Program Bantuan Banjir Nissan untuk pemilik kenderaan Nissan yang terjejas akibat bencana banjir.

Program bantuan ini menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi alat ganti tulen Nissan, diskaun 20% untuk kos buruh, restorasi upholsteri dengan kadar harga istimewa RM1,325 (termasuk GST) untuk model sedan Nissan sahaja, restorasi upholsteri dengan kadar harga istimewa RM1,590 (termasuk GST) bagi MPV/SUV/Pikap/Van Nissan sahaja serta waranti tiga bulan atau 5,000 km untuk pengantian alat ganti tulen Nissan dan buruh (mana yang tiba terlebih dahulu).

“Pelanggan adalah keutamaan kami dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan oleh ETCM dan TCEAS bagi membantu ratusan penduduk yang terjejas akibat banji kilat. Kami berharap dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Kami juga menggesa para pelanggan kami yang terlibat agar menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis TCEAS berhampiran secepat mungkin untuk kerja-kerja restorasi,” ujar Michael Yao, Ketua Unit Perniagaan TCEAS.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Nissan ini, bolehlah menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

INGAT LAGI GT-R R32 BIRU CALSONIC? NISSAN BAKAL GUNA KEMBALI TEMA WARNA SAMA DI AUSTRALIA

Ada tidak di kalangan pembaca Mekanika yang masih mengingati grafik Proton PERT atau Proton/Petronas BTCC?

 

Jika ada, maknanya grafik dan tema warna yang digunakan memang berkesan kerana era tersebut sudah lama berlalu. Satu perkara menarik tentang dunia permotoran selain prestasi dan kemenangan ialah grafik dan tema warna yang digunakan.

PUSAT JUALAN KERETA TERKECIL DI DUNIA IALAH SEBESAR PONDOK TELEFON

Bila bercakap pasal pusat jualan kereta biasanya kita akan terlintas ruang pameran yang besar dan serba lengkap. Jurujual yang berpakaian kemas bertali leher dan bercakap lembut gigi dari lidah (dengan syarat anda berpakaian kemas, kalau pakai selipar sebelah mata pun tak pandang). Itu belum campur mesin ekspresso dan kemudahan permainan untuk kanak-kanak.

Shopping Basket