Nissan Terra akan masuk pasaran Thailand tahun ini

 

Gambar rasmi pertama Nissan Terra sudah pun kita lihat sebelum ini. Khabarnya model berkenaan akan membuat penampilan pertama di China tak lama lagi. Nissan Terra merupakan sebuah SUV tujuh tempat duduk yang dibangun menggunakan asas daripada trak pikap Navara.

Kiranya boleh bayangkan macam Isuzu MU-X yang gunakan asas D-Max, dan Toyota Fortuner yang gunakan asas Hilux. Dan, jenis dan model kenderaan yang dinyatakan ini tidaklah asing lagi, terutama untuk pasaran Thailand dan ASEAN.

Tan Chong rancang bawa Nissan e-Power ke Malaysia

 

Berita baik untuk peminat Nissan di Malaysia, pengedar jenama tersebut, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini bercadang untuk membawa teknologi hibrid dari jenis enjin penambah jarak Nissan e-Power ke pasaran tempatan.

Namun ketika bercakap kepada paultan.org semasa berlangsungnya acara Nissan Future di Singapura minggu lalu, pengarah jualan dan pemasaran ETCM, Chris Tan menjelaskan teknologi tersebut akan sampai ke Malaysia bukan bersama model Note (model pertama yang menerima teknologi tersebut).

Kenderaan berat dilarang berada di jalan raya selama empat hari pada tarikh tertentu sempena TBC ini

Kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi memastikan perjalanan pengguna yang mahu pulang ke kampung selamat dan lancar sempena cuti Tahun Baharu Cina (TBC) hujung minggu ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lain berkata, ini termasuklah larangan telah dikeluarkan terhadap kenderaan berat daripada berada di jalan raya pada dua hari sebelum TBC dan dua hari lagi selepas perayaan tersebut, iaitu bertarikh 14 hingga 15 Februari dan 24 hingga 25 Februari ini, laporan News Strait Times.

“Larangan bagi kenderaan berat ini telah dipraktikkan sebelum ini (untuk mengurangkan kemalangan dan memastikan trafik lancar) dan kami juga melaksanakan kempen keselamatan jalan raya selama 14 hari bermula 9 Februari lalu,” ujarnya.

Walau bagaimana pun, seperti sebelum ini, kenderaan berat yang menghantar keperluan harian seperti lori minyak, makanan dan perubatan terkecuali daripada larangan yang telah dikeluarkan ini.

Nissan X-Trail X-Tremer kini di Malaysia – dari RM141k

Edaran Tan Chong Motor telah melancarkan satu lagi varian untuk barisan SUV X-Trail bagi pasaran Malaysia iaitu X-Trail X-Tremer baharu. Ia hadir dengan penampilan luaran yang lebih menyerlah, bahkan diserikan dengan beberapa kit badan yang lebih berketerampilan.

X-Trail X-Tremmer ini telah dipertingkatkan dengan kekemasan X-Face untuk bahagian hadapannya, sekaligus menyerlahkan lagi identitinya. Bukan itu sahaja, ia juga ditampilkan dengan padanan warna Passion Red untuk badannya serta padanan rona siluet hitam untuk beberapa kit luaran baharu termasuklah bumbung, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17-inci dengan sentuhan hitam berkilat. Selain itu, ia turut dipasang dengan pelindung bampar belakang baharu berwarna krom bagi menambahkan lagi aura lasaknya.

Nissan 370Zki – 332 hp RWD untuk dibelasah atas salji

Nissan telah membawa satu model istimewa ke Chicago Auto Show, iaitu sebuah 370Z Roadster yang diubah suai untuk dipandu atas salji. Bahagian tayar kenderaan ini telah diganti dengan pemacu ski dan kuasa dari enjin masih lagi sampai ke bahagian belakang, manakala bahagian hadapan cuma untuk mengawal arah kenderaan.

Menghasilkan kenderaan ini sememangnya adalah satu cabaran, terutamanya di bahagian belakang bagi menempatkan pencengkam salji dari American Track Truck, Inc. Kenderaan ini perlu ditinggikan sebanyak tiga inci, dan kemudiannya menggunakan tapak buatan khas untuk suspensi belakang dan hub. Brek asal masih dikekalkan tetapi laluan minyak brek diubah, bersama sistem ekzos.

Pada bahagian depan, suspensi turut diubah suai untuk memadankannya dengan kedudukan yang lebih tinggi, dan satu pendakap khas dibuat supaya ski di bahagian hadapan ini dapat pusing dan bergerak dengan bebas. Bahagian hadapan turut diletakkan dengan skid plate untuk melindungi bawah enjin.

Nissan Leaf bakal ke tujuh pasaran di Asia dan Ocenia tahun ini – akan tiba di Malaysia hujung suku keempat

Nissan telah mendedahkan generasi kedua kenderaan elektrik Leaf bakal dilancarkan ke tujuh pasaran di Asia/Ocenia pada tahun ini. EV ini akan diperkenalkan di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong, Korea Selatan serta Australia dan New Zealand.

Berita ini diumumkan semalam dalam simposium Nissan Future yang berlangsung di Singapura selama tiga hari yang melibatkan pelbagai topik perbincangan mengenai bagaimana untuk mewujudkan masa depan yang mapan melalui elektrifikasi kenderaan dan cara membangunkan teknologi pemanduan canggih yang lebih mudah, di bawah tema The Future of Mobility – Electrification and Beyond.

Menurut Timbalan Presiden kanan serantau Nissan Yutaka Sanada, barisan yang diperkenalkan ini adalah senada dengan sasaran mereka untuk membawa masuk kenderaan kosong-emisi generasi kedua itu ke lebih banyak pasaran. Tambahnya lagi, Nissan juga sedang mengkaji pemintaan di Indonesia dan Filipina untuk fasa akan datang pelancaran EV tersebut.

Litrak tawar diskaun tol antara 20-60 sen untuk empat lebuhraya kendaliannya sempena Tahun Baharu Cina

Sempena dengan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang hujung minggu hadapan, Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) telah mengumumkan pemberian diskaun tol kepada pengguna yang akan melalui empat lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu hadapan.

Litrak berkata, diskaun tol antara 20 sen hingga 60 sen itu adalah untuk pengguna Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuh Raya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Menurut CEO Litrak, Sazally Saidi, pemberian diskaun itu diberikan kepada pengguna Kesas, LDP dan Sprint bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 16 Februari ini.

Bagi pengguna Smart pula, mereka akan menikmati diskaun lebih awal iaitu pada 10 Februari bermula pukul 6 pagi sehingga 6 pagi keesokkan harinya.

Manakala diskaun tol yang akan diberikan bagi tol LDP ialah sebanyak 60 sen manakala Sprint pula 20 sen bagi semua kelas kenderaan sementara bagi Kesas pula diskaun 20 sen untuk kenderaan 1 sahaja serta pengguna Smart diskaun 30 sen akan diberikan kepada kelas kenderaan satu dan empat.

Nissan Clipper 660cc 5MT – kei truck komersil comel dari Jepun, harga bermula dari RM30k hingga RM50k

 

Zaman sekarang ni memang zaman kena gigih berusaha utuk cari duit lebih. Maklumlah kos sara hidup yang kian tinggi terutamanya yang memiliki keluarga untuk ditanggung, anak-anak hendak bersekolah dan sebagainya. Jadi pasti ramai di antara kita yang terfikir untuk memulakan perniagaan. Tak kiralah meniaga makanan, pakaian atau sebagainya, janji ia sumber pendapatan yang halal.

Tokyo 2017: Nissan Leaf masuk Malaysia tahun depan

Melihat kepada kawasan pameran Nissan di Tokyo Motor Show 2017, selain IMx Concept, sebuah lagi model yang menjadi perhatian adalah Nissan Leaf 2018. Memandangkan kenderaan elektrik generasi kedua ini bakal tiba di Malaysia, kami sediakan di sini galeri kenderaan yang dipamerkan di Tokyo untuk tatapan anda.

Jika model sebelum ini nampak sedikit pelik, model baru ini pula telah direka semula supaya menjadi lebih aerodinamik dan mudah diterima. Lampu hadapannya menggunakan unit dual-projector, tiang tengah diwarnakan hitam untuk menjadikan bumbung kelihatan seperti terapung, lampu belakang lebih nipis dan di belakang juga terdapat diffuser.

Masuk ke bahagian dalam, walaupun ada beberapa butang kawalan yang kelihatan mirip dengan unit yang terdapat pada model sebelum ini, bahagian lain pula semuanya adalah baru. Ini termasuk rekaan papan pemuka seperti sayap, roda stereng yang rata di bawah (diambil daripada Serena) dan panel instrumen yang menggabungkan paparan digital dan analog. Bahagian but kini boleh menampung 435 liter.

Untuk aspek keselamatan, kenderaan ini dilengkapi dengan pakej Safety Shield, yang termasuk Intelligent Lane Intervention, Lane Departure Warning, Intelligent Emergency Braking, Blind Spot Warning, Traffic Sign Recognition, Rear Cross Traffic Alert, Intelligent Around View Monitor dengan pengesan objek bergerak dan Emergency Assist for Pedal Misapplication.

Melihat kepada kawasan pameran Nissan di Tokyo Motor Show 2017, selain IMx Concept, sebuah lagi model yang menjadi perhatian adalah Nissan Leaf 2018. Memandangkan kenderaan elektrik generasi kedua ini bakal tiba di Malaysia, kami sediakan di sini galeri kenderaan yang dipamerkan di Tokyo untuk tatapan anda.

Jika model sebelum ini nampak sedikit pelik, model baru ini pula telah direka semula supaya menjadi lebih aerodinamik dan mudah diterima. Lampu hadapannya menggunakan unit dual-projector, tiang tengah diwarnakan hitam untuk menjadikan bumbung kelihatan seperti terapung, lampu belakang lebih nipis dan di belakang juga terdapat diffuser.

Masuk ke bahagian dalam, walaupun ada beberapa butang kawalan yang kelihatan mirip dengan unit yang terdapat pada model sebelum ini, bahagian lain pula semuanya adalah baru. Ini termasuk rekaan papan pemuka seperti sayap, roda stereng yang rata di bawah (diambil daripada Serena) dan panel instrumen yang menggabungkan paparan digital dan analog. Bahagian but kini boleh menampung 435 liter.

Shopping Basket